Klopp hanya tertawa selepas Liverpool diundi dalam kumpulan maut
Astro Arena
Ogos 27, 2021 08:12 MYT
Ogos 27, 2021 08:12 MYT
JURGEN KLOPP mengakui dia tertawa ketika mengetahui Liverpool telah diberi tugasan sukar dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL).
The Reds diundi dalam Kumpulan B bersama juara Sepanyol, Atletico Madrid, kelab Portugal, Porto dan gergasi Itali AC Milan dalam pertandingan musim ini.
Skuad kendalian Klopp disingkirkan oleh Atletico dalam UCL dua tahun lalu tetapi mengatasi Porto dalam perjalana mara ke final 2018 dan 2019.
Dan pengendali Liverpool telah menunjukkan banyak sejarah dengan ketiga-tiga pesaingnya.
"Saya ketawa, sejujurnya ia merupakan kumpulan yang sukar," kata Klopp.
"Ini adalah UCL, ia seharusnya sukar dan anda perlu berdepan pasukan terbaik Eropah, dan jelas ada di antara mereka yang berada dalam kumpulan kami!
"Kami bermain, saya tidak tahu berapa kerap, bertemu Porto, jadi mereka akan menunggu kami. Kami jelas mempunyai perseteruan dengan Atletico, dan AC Milan, yang jelas cukup bersejarah.
"Oleh itu, saya fikir penyokong kami semestinya menantikannya sama seperti kami."
Liverpool dijangka mengetahui jadual perlawanan mereka bagi peringkat kumpulan sebelum tengah hari Sabtu, dengan perlawanan pertama berlangsung pada 14 atau 15 September.