Klopp didakwa kerana persoal integriti pengadil
Astro Awani
Februari 13, 2019 07:39 MYT
Februari 13, 2019 07:39 MYT
PENGURUS Liverpool Jurgen Klopp pada Rabu didakwa oleh Persatuan Bola Sepak England (FA) berhubung komen yang dibuatnya terhadap pengadil dalam perlawanan menentang West Ham United pada 4 Feb lalu.
Dalam keputusannya, FA berkata, pengurus Jerman itu dikenakan tindakan kerana komen yang dibuatnya mempersoalkan integriti pengadil, Kevin Friend, dan membayangkan berat sebelah.
West Ham menyamakan kedudukan melalui gol Michail Antonio sebelum permainan berhenti rehat tetapi Klopp berkata, Friend "tidak mahu lagi membuka jurang" dalam separuh masa kedua.
"Sebagai manusia biasa, kalau saya tahu saya telah membuat kesilapan besar pada separuh masa pertama, saya tidak mahu buka jurang itu lagi," kata Klopp selepas perlawanan itu.
"Pengadil juga manusia biasa. Saya faham itu. Tetapi saya tidak begitu semasa permainan kerana saya tidak tahu gol kami ofsaid."
Perlawanan Liga Perdana antara Liverpool dan West Ham yang berlangsung di Stadium London itu berakhir dengan seri 1-1.
Klopp diberi masa sehingga 18 Februari jam 6 petang waktu tempatan untuk memberi respons kepada dakwaan itu.
Dalam insiden pada 4 Feb itu, Klopp berkata prestasi Friend terjejas akibat gol dijaringkan Sadio Mane yang dikatakan ofsaid.
#berat sebelah
#bola sepak
#FA
#gol ofsaid
#integriti
#jurgen klopp
#Kevin Friend
#Liverpool
#pengadil
#Persatuan Bola Sepak England
#West Ham United