KL2017: Pembakar semangat untuk Singapura

Ian Johan Ariff
Ogos 17, 2017 19:49 MYT
Sebelum bersaing di Kuala Lumpur, Debbie sudah mendapat kemenangan psikologi ke atas perenang Malaysia apabila mendapat tempat ke 20 daripada 30 perenang di Kejohanan Dunia di Budapest bulan lalu. - Gambar Astro AWANI
Pemenang emas renang berirama, Debbie Soh dari Singapura berharap kejayaannya mengutip emas pertama Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 sebagai pembakar semangat untuk rakan senegaranya membawa pulang lebih banyak pingat.
Baginya, ia satu saat yang membanggakan buat Singapura untuk meraih emas terutama sekali menepati ramalan sebagai kumpulan perenang berirama yang terbaik dari rantau ini.
Sebelum bersaing di Kuala Lumpur, Debbie sudah mendapat kemenangan psikologi ke atas perenang Malaysia apabila mendapat tempat ke 20 daripada 30 perenang di Kejohanan Dunia di Budapest bulan lalu.
Perenang terbaik Malaysia dalam kejohanan itu adalah Gan Hua Wei yang menduduki tempat ke-24.
Disebalik kelebihan itu, Debbie menyatakan dia dan rakan sepasukan tidak memandang rendah lawan dan terus bekerja keras untuk mencapai matlamat.
Debbie dan rakannya Miya Yong yang mendapat gangsa turut menamatkan acara duet teknikal di tempat ke-28, tiga lebih baik daripada pasangan Malaysia, Zylane Lee dan Hua Wei.
#BangkitBersama #Debbie Soh #KitaJuara #KL2017 #Kuala Lumpur #Malaysia #SEAGames2017 #SukanSEA2017
;