KL2017: Kemarau emas bola jaring 16 tahun berakhir
Harits Asyraf Hasnan
Ogos 20, 2017 16:35 MYT
Ogos 20, 2017 16:35 MYT
Malaysia berjaya menumpaskan musuh tradisi Singapura pada perlawanan akhir bola jaring Sukan SEA KL 2017 yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara, sebentar tadi.
Malaysia menang dengan mata akhir 65-41 hasil jaringan konsisten penjaring berbisa An Najwa Azizan dan Norashikin Kamalzaman.
Skuad negara tidak memberi peluang kepada Singapura untuk mengatasi mereka dalam keempat-empat suku.
Pertemuan dua musuh ketat di pentas akhir itu bagaikan ulangan dan Malaysia tidak mensia-siakan peluang terbaik dalam membalas dendam sekaligus merampas emas yang 'dipinjamkan' kepada Singapura apabila tewas tipis 43-46 dua tahun lalu.