KL City Grand Prix: Impian Fairuz harumkan negara musnah

Zef Othman
Ogos 8, 2015 22:00 MYT
Fairuz (kiri) berbincang bersama Jurutera Pasukannya Luca Mondello ketika meninjau keadaan jenteranya pada Khamis. - fotoBERNAMA
Pemandu negara yang mewakili pasukan OD Racing, Fairuz Fauzy kemungkinan besar tidak dapat beraksi dalam perlumbaan KL City Grand Prix esok selepas terbabit dalam kemalangan di selekoh 12 hari ini.
Menurut Fairuz, sukar untuk pasukannya memperbaiki jentera lumbanya kerana tidak mempunyai alat ganti yang diperlukan.
"Saya kecewa bila hampir pasti tidak dapat beraksi di hadapan penonton Malaysia dan laman sendiri.
Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan serius dan hanya mengalami kesan lebam di dada, lutut serta buku lali," katanya kepada media.
Fairuz yang mewakili pasukan OD Racing berdepan dengan masalah kotak gear di selekoh 12 sebelum melanggar tembok penghadang pada sesi kelayakan petang tadi.
Beliau yang menggunakan jentera Lamborghini Gallardo FL2 beraksi dalam kelas GT3 dan menduduki tempat keenam dalam sesi kelayakan keseluruhan.
#Fairuz Fauzy #KL City Grand Prix #OD Racing
;