KJ, Siti Nurhaliza, Lisa Surihani dan Aaron Aziz sokong Manny Pacquiao

Astro Awani
Mei 2, 2015 14:21 MYT
Perlawanan tinju paling dinantikan abad ini di antara Manny Pacquiao dan Floyd Mayweather akan disiarkan secara langsung pada Ahad ini di saluran HBO mulai pukul 9 pagi.
Rata-rata personaliti yang juga peminat sukan tinju di Malaysia menaruh harapan tinggi kepada Manny Pacquiao. Peninju dari Filipina dipilih atas semangat ASEAN yang tinggi.
Baik di arena politik, mahu pun dalam bidang hiburan, kesemua mereka memilih untuk berada dalam pasukan Pacquiao.
Perlawanan tinju paling dinantikan abad ini di antara Manny Pacquiao dan Floyd Mayweather akan disiarkan secara langsung pada Ahad ini.
Peminat sukan tinju dapat menyaksikan perlawanan tersebut secara langsung di saluran HBO HD 431 dan HBO 411 bermula jam 9 pagi.
Pertembungan kedua-dua juara tinju ini juga dijangka menempa sejarah dengan anggaran kutipan mencecah $400 juta (kira-kira RM1.4 bilion).
Antara personaliti tempatan yang menyatakan secara terbuka sokongan mereka termasuk pelakon Aaron Aziz yang memilih peninju yang sentiasa merendah diri iaitu Pacquiao.

@501Awani Of coz the humble fighter #Pacquiao!

— Aaron Aziz (@AaronDwiAziz) May 1, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Begitu juga harapan yang tinggi diletakkan oleh pelakon Lisa Surihani.

@501Awani #Pacquiao

— Lisa Surihani (@LisaSurihani) May 1, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tambah penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza, beliau bersama suami akan sama-sama menonton acara tersebut yang akan disiarkan secara langsung esok.
Pilihannya, "Mestilah team #Pacquiao", dalam satu tweet yang dihantar semalam.

Mestilaa. Team #Pacquiao SM? https://t.co/2vSMt2n4Su

— Siti Nurhaliza (@CTNurhaliza11) May 1, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Menerusi satu tweet yang dihantar oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam akaunnya @hishammuddinH2O, beliau turut menaruh harapan satu hari kelak peninju Malaysia akan berada di tempat Pacquiao.

Tweet Of The Day https://t.co/jUlBfOdX2a

— Astro AWANI (@501Awani) May 2, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagi Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, walaupun tidak menyatakan secara bertulis siapa peninju yang disokong olehnya, namun berdasarkan garis masa akaun Twitternya jelas KJ berpihak kepada Pacquiao.

#PacMan in at 145. #ASEANPride pic.twitter.com/wvzo8YWQA8

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) May 2, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Quick pic before the weigh-in with my #GalaxyS6. #MayPac pic.twitter.com/uyxbWrDVbm

— Manny Pacquiao (@MannyPacquiao) May 2, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Berikut maklumat tentang kedua-dua petinju dan pertandingan tinju lain yang menempa sejarah dengan kadar kutipan sejak 1991.
#Aaron Aziz #Floyd Mayweather #HBO #Khairy Jamaluddin #Lisa Surihani #Manny Pacquiao #Siti Nurhaliza
;