KJ mahu FAM perjelas isu Lions-ATM

Astro Arena
Jun 19, 2015 10:07 MYT
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi penjelasan mengenai jadual perlawanan Liga Super antara Lions XII menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Hal tersebut bangkit ekoran ketidakpuasan hati kapten ATM Hairuddin Omar terhadap FAM yang melayan permintaan Lions XII untuk membenarkan perlawanan diadakan pada jam 8.30 malam pada Sabtu.
Walaupun perlawanan lain diadakan pada pukul 9.45 dan 10 malam namun tindakan FAM membenarkan aksi Lion XII lawan ATM seawal 8.30 malam menimbulkan persoalan.
Mengapa FAM berbuat demikian dan apakah sebab disebaliknya?
Khairy Jamaluddin membuat kenyataan tersebut melalui laman Twitter miliknya.

: @FAM_Malaysia Elok dijawab cepat https://t.co/jfYU8IPNAr

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) June 19, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#FAM #Khairy Jamaluddin #Liga Perdana