KJ jelas sebab pilih Dhabitah Sabri nyala obor Sukan Sea

Gempak
Ogos 20, 2017 10:00 MYT
Khairy Jamaluddin tampil memberikan penjelasan tentang pemilihan penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri untuk menyalakan obor Sukan Sea ke-29 KL2017 malam tadi.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (KJ) tampil memberikan penjelasan tentang pemilihan penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri untuk menyalakan obor Sukan Sea ke-29 KL2017 malam tadi.
Sempena Upacara Pembukaan Sukan Sea, Dhabitah dipilih sebagai atlet terakhir untuk menyalakan obor rasmi Sukan Sea tahun ini.
Kata KJ, penghormatan itu diberikan kepada Dhabitah memandangkan prestasinya yang memberangsangkan sekali gus menjadi potensinya untuk lebih cemerlang pada masa akan datang.
"Saya bagi penghormatan ini kepada Dhabitah sebab Sukan Sea adalah pentas untuk bintang sukan masa depan. Our future! #BangkitBersama," tulis KJ di Twitternya malam tadi.

Saya bagi penghormatan ini kepada Dhabitah sebab SEA Games adalah pentas untuk bintang sukan masa depan. Our future! #BangkitBersama pic.twitter.com/yESy7KkJ6r

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) August 19, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pemilihan Dhabitah untuk menyalakan obor rasmi Sukan Sea itu mendapat reaksi positif netizen dan menganggap itu pilihan terbaik.
"Dhabitah ikon senyum Malaysia," tulis Zizan Ali.
"Dialah paling sesuai sebab tidak takut tinggi," kata @majidune.
Dhabitah turut berkongsi perasaan terharu dan terima kasihnya diberikan penghormatan pada upacara gilang gemilang itu.
"Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, saya adalah individu paling bertuah diberikan peluang oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin untuk terbang tinggi dan menyalakan obor rasmi Sukan Sea ke-29.
"Tanpa peluang ini saya tidak akan dapat bertemu dengan semua legenda sukan seperti hari ini.
"Kami ahli sukan sama-sama menyokong dan mengambil berat antara satu sama lain. Terima kasih," tulisnya di Instagram
Dhabitah, 18, pernah memenangi pingat gangsa dalam acara wanita 10 meter platform segerak pada Sukan Komanwel 2014.
Teks oleh: Amri Hassan
#Khairy Jamaluddin #Nur Dhabitah Sabri #SEA Games #Sukan SEA
;