Kita tak boleh kata Badrul tak pecah rekod 100m - Bekas pelari pecut kebangsaan

Astro Arena
Januari 29, 2016 22:10 MYT
Bekas pelari pecut kebangsaan, Azmi Ibrahim tidak mahu Badrul Hisham putus harapan selepas rekod 10.29 saat yang dicatatkan, disahkan tidak diiktiraf KOM.
BEKAS pelari pecut kebangsaan, Azmi Ibrahim tidak mahu Badrul Hisham putus harapan selepas rekod 10.29 saat yang dicatatkan, disahkan tidak diiktiraf KOM.
Badrul sebelum ini melakukan catatan 10.29 saat, ketika saingan Sekolah Sekolah ASEAN di Brunei November tahun lalu , mengatasi catatan 10.30 saat yang dicatat Watson Nyambek 17 tahun lalu.
Namun, KOM memutuskan ia tidak mengesahkan catatan Badrul kerana saingan di Brunei tidak memenuhi beberapa aspek teknikal.
Azmi menyarankan Badrul kembali bangkit selepas ini, kerana dia sudah pun menunjukkan potensi selaku seorang pelari pecut.
"Mentaliti dia kena kuat dan dia perlu kerap menyertai kejohanan antarabangsa supaya dia kembali mendapatkan masa yang lebih baik.
Dia telah buat yang terbaik tetapi kita tidak boleh kata dia tidak memecah rekod itu sebaliknya itu satu amaran buat pelari pecut negara lain," katanya.
Azmi juga tidak menyembunyikan nada kecewanya dengan cara KOM menangani isu rekod Badrul.
"KOM perlu peka perkara sebegini kerana di Malaysia juga banyak perkara sebegini terjadi termasuk ketika saya berlari dulu.
Tahun lepas juga perkara ini menimpa Singapura, tetapi tiada photo finish, sekali gus rekod dicatat itu tidak sah," jelasnya.
#Azmi Ibrahim #Badrul Hisham #rekod 10.29 #Sekolah Sekolah ASEAN #tidak diiktiraf KOM
;