Kisah Dollah berakhir, apa cerita FAM?

Astro Arena
September 5, 2015 08:31 MYT
Jika Dollah meletakan jawatan kerana berasa bertanggungjawab atas kekalahan memalukan skuad negara, apakah langkah yang harus diambil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pula?
Sekalipun Jose Mourinho dilantik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mengemudi Harimau Malaya, mampukah jurulatih sehebat dia mengubah nasib skuad negara?
Setelah dibelasah 10-0 sudah tentu perkara pertama dilakukan adalah mencari salah pihak tertentu disamping melayangkan segala kritikan termampu.
Dalam soal perlawanan semalam diantara skuad negara berdepan Emiriah Arab Bersatu, jurulatih Dollah Salleh menjadi sasaran utama kritikan dari peminat bola sepak tanah air terutama di laman sosial.
Jika Dollah meletakan jawatan kerana berasa bertanggungjawab atas kekalahan memalukan skuad negara, apakah langkah yang harus diambil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pula?
Disamping itu, pemain turut menampilkan aksi yang longlai terutama dibarisan pertahanan yang ternyata mudah dibolosi setiap kali UAE melancarkan serangan.
Barisan tengah pula tidak mampu mengekang perancang utama UAE, Omar Abdulrahman disamping gagal menyesuaikan diri diatas padang sebaik sepak mula.
Selaku jurulatih yang bertanggungjawab, Dollah enggan menyalahkan anak buahnya.
"Mereka tidak harus dipersalahkan, saya kena terima keputusan perlawanan.
"Kapten Pahang Mohd Razman Roslan suruh saya tunggu sehingga perlawanan seterusnya menentang Arab Saudi tetapi saya cakap tak boleh teruskan lagi," kata Dollah.
Dollah umum letak jawatan sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Jurulatih berusia 51 tahun itu bukanlah nama asing dalam bola sepak tanah air kerana telah membantu beberapa pasukan tempatan menjulang pelbagai kejuaraan dalam saingan Liga Malaysia, sehingga digelar jurulatih yang mempunyai sentuhan ajaib.
Pencapaian terbaik Dollah sebagai jurulatih adalah pada 2005 ketika membawa pasukan Selangor bergelar juara treble - Liga Perdana, Piala FA dan Piala Malaysia.
BACA: KEKALAHAN MEMALUKAN HARIMAU MALAYA: KENAPA BANYAK SANGAT BOLOS? - NETIZEN
Beliau telah membimbing empat pasukan dalam Liga Perdana untuk berada di kedudukan teratas iaitu MPPJ FC (2004), Selangor (2005), Pahang (2012) dan PDRM (2014) mara ke saingan Liga Super.
Untuk rekod, Dollah dilantik oleh FAM pada Jun 2014 setelah badan induk itu memutuskan untuk tidak memperbaharui kontrak bekas pengendali skuad kebangsaan, Datuk K. yang tamat pada 31 Dis 2013.
#Dollah Salleh #FAM #harimau Malaya #Jose Mourinho
;