KIP berjaya jalani surgeri jari di Sepanyol

Bernama
Ogos 13, 2019 05:22 MYT
Sambil mengucapkan terima kasih kepada Dr Mir dan pasukannya, Khairul Idham berkata, dia akan pulang ke tanah air untuk menjalani proses pemulihan sebelum kembali beraksi. Instagram officialsuperkip_89
Penunggang Moto2 kebangsaan, Khairul Idham Pawi berjaya menjalani surgeri tangan kanannya di Hospital Universitari Dexeus di Barcelona, Sepanyol pada Selasa.
Surgeri selama dua jam itu bertujuan menstabilkan kecederaan pelumba Petronas Sprinta Racing itu di Spanish Grand Prix pada Mei.
ICATME Department of Traumatology, Dr Xavier Mir dan pasukannya melakukan surgeri itu dengan memasukkan skru pada tulang jari anak KIP yang disusun semula.
"KIP menjalani potongan kecil di jari anaknya tiga bulan lepas, dan kini keadaan sudah pulih," Dr Mir disebut sebagai berkata dalam kenyataan dikeluarkan oleh Pasukan Petronas Sprinta Racing.
"Kini, surgeri kedua membantu pembinaan semula tulang itu dengan memasukkan 'phalange' di tempatnya," kata Dr Mir.
BACA: Kesakitan hantui kepulangan Super KIP di GP Republik Czech
BACA: Idham Pawi kembali beraksi di Moto2 di Grandprix Czech
BACA: Khairul Idham Pawi terlepas peluang beraksi GP Sepanyol kerana kecederaan jari
Sementara itu, Khairul Idham mengucapkan terima kasih kepada Dr Mir dan pasukannya kerana melakukan surgeri dengan jayanya, dan menambah beliau kini akan pulang ke tanah air untuk menjalani proses pemulihan sepenuhnya sebelum kembali beraksi.
-- BERNAMA
#Grand Prix #jari #Khairul Idham Pawi #KIP #Moto2 #pelumba #Petronas #sepanyol #Sprinta #surgeri #Xavier Mir
;