King Kazu tenang sepak bola pada usia 56 tahun
Sinar Harian
Julai 12, 2023 10:40 MYT
Julai 12, 2023 10:40 MYT
PENYERANG Jepun, Kazuyoshi Miura berkemungkinan pemain bola sepak profesional tertua di dunia pada ketika ini.
Pada usia 56 tahun Miura masih belum memberi bayangan bersedia untuk menggantungkan but apabila peledak lebih dikenali sebagai King Kazu, melanjutkan pinjamannya dengan kelab Divisyen Dua Portugal, Oliveirense.
Bekas pemain Jepun, Miura, yang memperoleh hampir 90 caps antara 1990-2000 dengan menjaringkan 55 gol, menyertai Oliveirense pada Januari secara pinjaman daripada pasukan promosi Jepun Liga J1, Yokohama.
"Miura Kazu meneruskan khidmat dan bakti bersama kelab UD Oliveirense," kata jurucakap kelab itu di laman sosialnya pada Selasa, tanpa menyatakan tempoh kontrak baharu.
Bagaimanapun menurut media tempatan, kontrak Kazu bersama Unionistas kendalian Fabio Pereira disambung setahun.
Terdahulu pada November, pemilik Yokohama yang juga operator restoran Onodera Group, menjadi pemegang saham majoriti Oliveirense.
Miura, dianggap sebagai salah seorang pemain bola sepak Jepun yang hebat, memulakan kerjaya profesionalnya di Brazil pada 1980-an, apabila mendapat panggilan bermain untuk Santos, Palmeiras dan Coritiba.
Dia kemudiannya menyertai kelab Divisyen Dua, Yokohama pada 2005 daripada kelab divisyen teratas Jepun, Vissel Kobe.
Miura juga secara ringkas mewakili pasukan futsal Jepun pada 2012 dan dipanggil untuk Piala Dunia Futsal 2012 pada usia 45 tahun. - Sinar Harian