Kimi Raikkonen catat masa terpantas sesi ujian

Astro Awani
Februari 9, 2013 08:49 MYT
Sesi ujian Formula 1 musim sejuk di Jerez, Sepanyol yang masuk hari terakhir menyaksikan pemandu Lotus, Kimi Raikkonen mencatatkan masa terpantas.
Beliau mencatat masa 1:18:148s dengan sesi kedua akan berlangsung di Catalunya pada 19 Februari ini.
Juara tiga kali, Sebastian Vettel memanfaatkan sepenuhnya pengalaman beliau dengan mencatatan masa ketiga terpantas.
Beliau menguji jentera dengan seratus pusingan di Litar Jerez.
Manakala, Lewis Hamilton dengan jentera baru Mercedes, memandu sebanyak 145 pusingan dan mencatat masa terbaik dengan 1:18:905s.
Pedro De La Rosa pula mengalami masalah dengan jentera Ferrari menyebabkan sesi latihan terganggu.
Beliau yang kembali ke litar sekadar menamatkan 50 pusingan dan berada di tangga kesembilan.
Pemandu Force India, Jules Bianchi pula merekod masa 1:18:175s.
Valtteri Bottas pula menamatkan sesi latihan dengan 1:19:851s.
#jerez #Kimi Raikkonen #Lewis Hamilton
;