Kimberly tinggalkan skuad terjun pada usia 22 tahun

Astro Arena
Mei 22, 2024 08:45 MYT
Kimberly berkata dia seorang yang terlalu banyak berfikir dan ia boleh menjadi penyebab apa dia buat tidak menjadi. - Stadium Astro
TIADA ribut tiada angin, atlet terjun negara, Kimberly Bong, mengumum persaraannya pada Isnin.
Ia jelas menimbulkan banyak pertanyaan tentang punca sebenar mengumumkan keputusan itu tatkala umurnya yang baru berusia 22 tahun.
"Mungkin orang lain anggap umur ini masih muda tetapi bagi saya masih banyak lagi yang boleh diterokai di luar sana.
"Saya seorang yang terlalu banyak berfikir, ia boleh menjadi penyebab apa yang saya buat tidak menjadi.
"Ia sedikit sebanyak menjejaskan motivasi saya.
"Di sebalik keputusan persaraan ini, ia disebabkan saya banyak sangat berfikir dalam bidang ini sedangkan saya masih belum mencapai Sukan Asia dan Sukan Komanwel," kata wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil semalam.
Atlet 3m papan anjal dan platform 10m itu mula mencuri tumpuan apabila muncul sebagai peserta Kejohanan Grand Prix (GP) Terjun FINA Australia 2016 pada usia 14 tahun.
Selain pingat emas Sukan SEA dan Terbuka Malaysia 2023 menerusi terjun, Kimberly turut merangkul perak dan gangsa dalam Sukan SEA edisi 2021 dan 2017. - Stadium Astro
#Kimberly Bong #bersara #atlet terjun negara #keputusan
;