KOTA KINABALU: Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee diberi kebebasan dalam menentukan barisan pemain pasukan itu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2022.
Pengarah Sabah FC Datuk Dr Jelani Hamdan berkata, tiada pihak termasuk beliau atau Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Datuk Seri Bung Moktar Radin berhasrat untuk campur tangan dalam pemilihan pemain sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada kepakaran Kim Swee bagi menilai pemain terbaik.
Beliau berkata, Kim Swee amat serius dalam menentukan pemain dan hanya individu yang menepati kriteria bekas Ketua Jurulatih Harimau Malaya itu akan diambil bagi memperkuat cabaran skuad The Rhinos musim depan.
"Kami bukan pakar dalam bola sepak, jadi tugas kami ialah untuk urus Sabah FC dan SAFA dengan baik. Tugas Datuk Ong (Kim Swee) pula ialah mencari siapa pemain terbaik dan macam mana untuk menang... itu sahaja," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Jelani berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas pemain pasukan itu Rozaimi Abd Rahman yang mahu kembali ke pangkuan Sabah FC dan keluhan itu tular di media sosial sehingga ada warganet mendakwa Sabah FC 'menganaktirikan' anak jati Sabah sendiri.
Beliau berkata Sabah FC terbuka untuk menerima mana-mana pemain termasuk Rozaimi menyertai pasukan itu namun mereka yang berminat perlu menghadiri sesi ujian dan memenuhi kriteria ditetapkan Kim Swee.
"Rozaimi boleh berjumpa dengan kita ataupun kita akan bagi peluang kepada dia untuk sesi ujian. Kita cuba dulu sebab kita tidak boleh ambil pemain begitu sahaja... terbuka sama ada anak jati Sabah atau tidak kita boleh ambil kalau menepati kriteria yang ditentukan oleh Datuk Ong," katanya.
Rozaimi sebelum ini beraksi bersama Kedah Darul Aman (KDA) FC, namun bekas penyerang kebangsaan itu dan skuad Lang Merah bersetuju untuk penamatan kontrak lebih awal antara kedua-dua pihak pada Ogos lepas.
Bagaimanapun, Jelani berkata Sabah FC kini akan terlebih dahulu menumpukan kepada kempen Piala Malaysia musim ini sebelum membuat perancangan bagi menghadapi saingan Liga-M musim depan.
Sabah FC bakal berdepan Melaka United FC dalam saingan suku akhir pertama Piala Malaysia 2021 di Stadium Likas malam ini sebelum aksi timbal balik di Stadium Hang Jebat, Krubong, Melaka pada Khamis depan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 14 2021
Kim Swee dilihat amat serius dalam menentukan pemain dan hanya individu yang menepati kriteria akan diambil. - Gambar fail
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Duarte diharap selesai masalah penyudah tumpul Sabah FC - Kim Swee
Ketumpulan penyudah yang dialami Sabah FC sebelum ini menghalang Sabah FC daripada memperoleh keputusan positif dalam beberapa perlawanan.
Liga Super: Sabah berdepan kunjungan Selangor tanpa empat tonggak
Kapten pasukan Park Taesu bersama Gabriel Peres, Miguel Cifuentes, dan pemain kebangsaan Stuart Wilkin masih dalam senarai kecederaan.
Dakwaan kononnya ada lagi pemain Sabah FC angkat kaki tidak benar - Kim Swee
Dakwaan kononnya ada lagi pemain Sabah FC yang bakal meninggalkan skuad berkenaan adalah tidak benar, kata Ketua Jurulatihnya Datuk Ong Kim Swee.
Sabah FC kehilangan dua tonggak utama menentang JDT Sabtu ini
Sabah FC kehilangan khidmat dua tonggak utama, Saddil Ramdani dan Darren Lok menjelang aksi pertemuan Liga Super menentang JDT di Stadium Likas esok.
Piala FA: Laluan cukup mencabar tetapi bukan mustahil - Kim Swee
Sabah FC tekad untuk bangkit daripada ketinggalan empat jaringan apabila melayan Terengganu FC pada perlawanan suku akhir kedua Piala FA di Stadium Likas di sini Sabtu ini.
Piala FA: Kim Swee mahu Sabah FC bawa bekalan gol selesa
Datuk Ong Kim Swee mahu Sabah FC membawa balik bekalan gol selesa pada perlawanan pertama suku akhir Piala FA.
Liga Super: Usah terburu-buru kejar sasaran - Kim Swee
Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee enggan anak buahnya terburu-buru dan mengejar sasaran tidak realistik pada awal fasa Liga Super musim ini.
Sabah FC muncul juara Piala SMJ 2024
Gol tunggal perlawanan hadir pada minit ke-63 menerusi sepakan penalti Ramon Machado yang diberikan pengadil Tuan Mohd Yaasin.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Sabah FC tapis Awang import
Ong berkata, Sabah FC masih meneliti prestasi dan keupayaan pemain tersebut walaupun telah menyertai sesi latihan sejak beberapa hari lalu.