Kian Meng-Pei Jing tewas di final terbuka Taiwan
Bernama
Julai 3, 2016 16:37 MYT
Julai 3, 2016 16:37 MYT
Impian beregu campuran negara Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing untuk muncul juara Kejohanan Badminton Terbuka Taiwan Grand Prix Emas, tidak kesampaian apabila tewas di pusingan akhir, hari ini.
Kian Meng dan Pei Jing terpaksa akur dengan ketangkasan beregu pilihan kelima kejohanan, Zheng Siwei-Chen Qingchen dari China, apabila tumpas 13-21 dan 16-21.
Pasangan dari China itu hanya mengambil masa 35 minit untuk menundukkan beregu negara pada perlawanan yang berlangsung di Taipei Arena, Taiwan.
Menurut laman web Persekutuan Badminton Dunia (BWF), China mendominasi kesemua aksi final hari ini.
Terdahulu beregu wanita China meraih kemenangan pertama menerusi Huang Dongping/Zhong Qianxin, yang menewaskan rakan sepasukan Luo Ying/Luo Yu dengan straight set 21-18 dan 21-16 untuk muncul juara.
Hadiah keseluruhan kejohanan itu berjumlah USD200,000 (RM798,300).
#BWF
#mpian beregu campuran negara Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing untuk muncul juara Kejohanan Badminton Terbuka Taiwan Grand Prix Emas
#Taipei Arena
#tidak kesampaian apabila tewas di pusingan akhir