Khyril Muhymeen jadi duta produk kesihatan

Astro Awani
Februari 23, 2013 17:20 MYT
Selepas Khairul Fahmi Che Mat dan Safee Sali dilantik menjadi duta bagi mempromosikan produk tertentu, kini tiba giliran seorang lagi pemain kebangsaan, Khyril Muhymeen.
Tonggak utama Kedah itu dilantik menjadi duta produk minuman kesihatan Kopi Capuccino KM.
Majlis memperkenalkan Khyril dianjurkan pengeluar produk berkenaan BSF Global di Alor Setar.
“Bila saya cuba sendiri, saya rasa ada kelainan dari segi kesihatan dan tahap kecerdasan” Jelas Khyril atau lebih dikenali dengan panggilan Meen.
Pemain berusia 25 tahun ini yakin pembabitannya sebagai duta tidak akan menjejaskan prestasi dan tumpuannya kepada aksi di atas padang.
Sementara itu, pengerusi BSF Global Mohd Al-Bakhtiar Ahmad berkata perlantikan Khyril amat bersesuaian dengan kecemerlangan pemain itu sebagai antara tonggak utama skuad hijau kuning.
Beliau turut menambah produk itu akan diperkenalkan dan dipasarkan ke negara-negara jiran seperti Brunei, Thailand, Singapura, Vietnam dan Indonesia.
#BSF Global #Khairul Fahmi Che Mat #Khyril Muhymeen #Kopi Capuccino KM #safee sali
;