Khidmat penjaga garisan hanya tinggal sejarah dalam tenis ATP

Astro Arena
April 29, 2023 16:00 MYT
Khidmat penjaga garisan akan digantikan dengan penggunaan teknologi yang akan mula diperkenalkan pada 2025. - Stadium Astro
KHIDMAT pengadil sebagai penjaga garisan dalam tenis akan diberhentikan sepenuhnya daripada Jelajah ATP dan digantikan dengan penggunaan teknologi yang akan mula diperkenalkan pada 2025.
Pengerusi ATP, Andrea Gaudenzi, mengakui langkah terbabit akan menamatkan tradisi bertahun-tahun dalam jelajah profesional utama lelaki tetapi berkata ia adalah keputusan yang disokong oleh pihak berkepentingan merangkumi seluruh sukan itu.
Ujian menggunakan Sistem Panggilan Langsung Talian Elektronik menunjukkan hasil yang amat berangsangkan ketika digunakan buat kali pertama dalam Pusingan Akhir ATP Net Gen 2017.
Gaundezi dalam satu kenyataan turut berkata langkah itu mampu "mengoptimumkan ketepatan dan ketekalan keputusannya di atas sebarang gelanggang dan permukaan .
Malah, ia disokong oleh penyelidikan meluas yang telah dijalankan oleh ATP merentasi pemegang taruh termasuk peminat. -- Stadium Astro
#tenis #penjaga garisan #Jelajah ATP #Sistem Panggilan Langsung Talian Elektronik
;