Khairy: Post morterm Sukan SEA dua minggu lagi

Azyyati Ahmad
Januari 4, 2014 09:13 MYT
Majlis Sukan Negara (MSN) akan membuat post moterm ke atas beberapa jenis sukan yang mengalami kemerosotan pada Sukan SEA Myanmar baru-baru ini.
Demikian menurut Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kepada Bernama.
Post morterm akan dibuat dalam tempoh dua minggu lagi ke atas sukan yang telah menunjukkan penurunan prestasi yang ketara pada temasya dwitahunan itu.
Antaranya adalah sukan olahraga, renang dan berbasikal yang sebelum ini merupakan peyumbang utama pingat emas kepada negara.
“Selepas sesi post morterm nanti, anggota panel mesyuarat akan mencadangkan langkah untuk mengatasi kelemahan dan kemerosotan sesetengah jenis sukan yang pernah menjadi penyumbang pingat kepada negara” katanya kepada Bernama.
Pada Disember 2013, kontinjen negara telah meraih 43 emas, 38 perak dan 77 gangsa serta menduduki tangga ke lima dalam carta pungutan pingat di Sukan SEA Myanmar.
#Khairy Jamaluddin #Majlis Sukan Negara (MSN) #Menteri Belia dan Sukan #Sukan Sea Myanmar
;