Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berharap lebih banyak entiti swasta dan kelab sukan akan menjadikan sukan bola sepak sebagai program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) masing-masing bagi meningkatkan bakat di kalangan belia tempatan.
Menterinya Khairy Jamaluddin berkata sumbangan syarikat swasta adalah penting sejajar dengan usaha kerajaan memastikan pembangunan bola sepak negara tidak terbantut.
"Saya melihat pembangunan bola sepak di kalangan belia sebagai perkara yang amat serius. Beberapa perubahan dasar telah dilakukan bagi mengukuhkan program pembangunan sukan bola sepak negara.
"Salah satu perubahan ialah dengan melantik bekas pemain kebangsaan, Lim Teong Kim sebagai Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara. Dia akan menumpukan kepada bakat berusia tujuh dan 17 tahun," katanya.
Khairy berkata demikian selepas melancarkan Kejohanan Bola Sepak Antarabangsa Tujuh Sebelah Kelab Diraja Selangor (RSC)-Tiger ke-13 dan Kejohanan Anatarabangsa Tujuh Sebelah RSC-Milo Bawah 12 tahun ke-11 di Kelab RSC Bukit Kiara di sini hari ini.
Beliau berkata kerjasama KBS dan Kementerian Pendidikan akan mempertingkatkan usaha bagi memastikan pemain berbakat diberi perhatian semasa program latihan.
"Dasar program ini adalah terbuka bagi menarik seramai mungkin anak muda Malaysia mengikuti program pembangunan ini," katanya.
Pada Rabu lepas, Khairy melantik Teong Kim, bekas pembantu jurulatih skuad bawah 19 tahun kelab divisyen satu Jerman, Bayern Munich FC, sebagai pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara, berkuatkuasa November ini.
Bernama
Sat Aug 24 2013
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tandukan Casagrande selamatkan maruah Penang FC
Keputusan seri itu membolehkan Penang FC kekal di tangga keempat liga berkongsi 15 mata bersama Terengganu FC di kedudukan ketiga.
Penang FC bukan 'Liverpool Malaysia'
Raut wajah Ketua Jurulatih Penang FC, Tomas Trucha dikatakan agak mirip dengan pengendali Liverpool, Jurgen Klopp.
Apa yang kita perlu tahu mengenai penyambungan semula EPL
Tarikh sambung semula liga sudah dipersetujui, namun adakah ia muktamad?
Liverpool tunggu khabar Salah, Klopp berang terjahan Choudhury
Jurgen Klopp berang dengan terjahan lewat daripada Hamza Choudhury terhadap Mohamed Salah yang menyaksikan pemain sayap Liverpool itu terpaksa dikeluarkan.
Kejohanan AFF B-22: Malaysia tewas aksi pembukaan
Skuad negara gagal membuka kempen Kejohanan AFF B-22 dengan nota kemenangan sebaik kecundang 0-1 di tangan pasukan tuan rumah, Kemboja.
Penyokong Harimau Malaya disaran guna LRT, MRT Selasa ini
Orang ramai yang mahu menyaksikan saingan pusingan pertama final Piala AFF Suzuki antara Malaysia dan Vietnam di Kompleks Sukan Nasional Bukit Jalil Selasa ini disaran menggunakan LRT dan MRT.
Klopp label Ramos "kejam", "brutal"
Jurgen Klopp menyelar pendekatan agresif Sergio Ramos dalam aksi final Liga Juara-Juara (UCL) dengan membandingkan tindakan kapten Sepanyol itu seperti seorang "ahli gusti yang brutal".
The Reds berkenduri gol, Real Madrid tak cukup selesa
Sadio Mane cipta hatrik membelasah Porto dengan kemenangan 5-0.
Pulau Pinang juara Piala Emas Raja-Raja
Pulau Pinang berjaya menamatkan kemarau 15 tahun untuk menjulang Piala Emas Raja-Raja apabila mengalah Kelantan 2-1 pada perlawanan akhir edisi ke-77.
Twitter 'diulang kicau', impian Thanabalan bawa ayah saksi final jadi kenyataan
Impian penyerang sensasi negara, N. Thanabalan, untuk membawa bapanya menyaksikan pelawanan akhir antara Malaysia menentang Thailand hari ini mungkin menjadi kenyataan gara-gara Twitter.