Khairy membisu selepas terima 'pendrive' daripada TMJ

Astro Arena
Ogos 27, 2016 15:06 MYT
Khairy mengadakan pertemuan dengan Tunku Ismail di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru, pada Jumaat.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, mengambil pendekatan berahsia berhubung isu 'pendrive' apabila enggan memberi reaksi lanjut terhadap pertemuannya dengan pemilik kelab Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Khairy mengadakan pertemuan dengan Tunku Ismail di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru, pada Jumaat.
Sebelumya, 'pendrive' dalam simpanan Tunku Ismail, yang didakwa mengandungi maklumat salah urus Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang diserahkan kepada Khairy, menjadi buah mulut dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.
Begitupun, usaha pihak media untuk mendapatkan penjelasan Khairy berhubung perkara itu gagal apabila beliau enggan memberi sebarang reaksi lanjut.
Tunku Ismail menerusi kenyataan di laman sosial memutuskan untuk menyerahkan 'pendrive' itu atas alasan bahawa FAM bukan masalah beliau.
Pertemuan mereka turut membincangkan mengenai program-program pembangunan belia dan berkongsi pendapat mengenai isu-isu semasa, terutama melibatkan sukan bola sepak.
#bola sepak #Kahiry Jamaluddin #pendrive #TMJ #Tunku Ismail Sultan Ibrahim
;