Khairy kecewa tahap keselamatan longgar

Astro Arena
November 6, 2013 14:03 MYT
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyuarakan rasa kecewa terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), ekoran penemuan sepucuk pistol di Stadium Shah Alam ketika final Watson Piala Malaysia Ahad lalu.
"Kawalan keselamatan perlu dibuat dengan rapi kerana ini soal yang sangat serius. Sebelum penonton memasuki stadium, mereka harus diperiksa dengan rapi.
"Dalam hal ini, jika pistol itu bukan milik pihak Polis dan dibawa masuk orang lain, ia adalah kegagalan pihak penganjur, FAM dan Jawatankausa Keselamatanntan," tegas Khairy.
Ini adalah kes pertama seumpamanya yang berlaku, pada aksi final sebuah pertandingan anjuran FAM.
Justeru, FAM dan semua pihak terbabit wajar mengambil iktibar daripada insiden ini.
Dalam pada itu, Khairy turut menyuarakan rasa bosan terhadap isu penjualan tiekt palsu pada aksi final ahad lalu.
"Takkan sampai hari ini, tiap-tiap tahun ada masalah jualan tiket.Ini dibawah FAM, bukan KBS,tetapi sebagai Menteri Belia dan Sukan, saya kena tegur FAM sikit.
"Sebab ini keluhan daripada penonton, peminat bola sepak, nak beli tiket pun susah, kena beratur di stadium, sedangkan boleh beli secara talian.
" Kita suddah masuk zaman teknologi tetapi FAM masih zaman jurasik. Apa ni?
"Kita kena pastikan ada kemajuan sikit dalam kita menjual tiket dan kena ada tindakan yang lebih tegas untuk beneras ulat-ulat tiket di luar stadium," kata Khairy lagi.
#FAM #final #Khairy Jamaluddin #stadium shah alam #Watson Piala Malaysia
;