Khairy Jamaluddin berjaya atasi cabaran Ironman Putrajaya

Nizam Bakeri
April 3, 2016 19:50 MYT
Khairy Jamaluddin berjaya menamatkan renang sejauh 1.9 kilometer, berbasikal (90 kilometer), dan larian (21.1 kilometer) - Foto Twitter/Khairykj
MENTERI Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berjaya menamatkan acara triatlon TIME Ironman 70.3 Putrajaya hari ini.
Tiga acara dalam siri Ironman ini merupakan renang sejauh 1.9 kilometer, berbasikal (90 kilometer) dan larian (21.1 kilometer).
Melalui akaun Twitternya, Khairy menyifatkan kejayaannya tiba ke garisan penamat sebagai satu permainan minda.
Dia turut menyatakan penyertaan dalam Ironman merupakan impian yang akhirnya berjaya dicapai.

1.9km swim, 90km cycling, 21.1km run. Ironman 70.3 got erased from my bucket list. #FitMalaysia pic.twitter.com/grukiBdjOV

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) April 3, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Mental game. All in the head. Menang atau tewas dalam kepala. #IM703Putrajaya pic.twitter.com/IRviBBm7ON

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) April 3, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam acara berkenaan, juara Ironman dua kali Craig Alexander dari Australia dan Radka Vodickoba dari Republik Czech masing-masing memenangi kategori lelaki dan wanita.
Netizen turut mengucapkan tahniah kepada Khairy dan menyifatkan penyertaannya sebagai contoh yang baik selaras dengan peranannya sebagai Menteri Belia dan Sukan.

@Khairykj #IM703Putrajaya tahniah YB. Ni baru betul menteri sukan. Kim salam kat koc hafiz sebelah tu :)

— iDIVhER (@bib_divher) April 3, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Ironman 703 #Khairy Jamaluddin #Khairy Jamaluddin Ironman Putrajaya #Putrajaya
;