LANGKAWI:Pelayar negara Khairulnizam Mohd Affendy, bakal menggunakan pakaian pelayaran yang dibangunkan khas untuk beliau oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Fitech Asia, pada penampilan ketiga Sukan Olimpik Tokyo tahun depan.
Pengarah Pusat Sukan UiTM Mustaza Ahmad berkata, pakaian pelayaran khas itu dibangunkan selepas mengambil kira ia merupakan antara elemen yang sangat penting, bagi memastikan atlet dapat memberi prestasi terbaik semasa pertandingan.
"Teknologi merupakan elemen yang sangat penting dalam kita nak melahirkan atlet cemerlang, melihat kepada keperluan itu UiTM telah menjalin kerjasama dengan Fitech Asia, menghasilkan pakaian pelayaran khas buat Khairulnizam yang bakal digunakan semasa Sukan Olimpik Tokyo nanti.
"Pakaian pelayaran ini juga telah menjalani uji kaji di Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan dan Makmal Fakulti Sains Gunaan UiTM. Kita akan hasilkan 10 sampel sehingga Khairulnizam dapat pakaian pelayaran terbaik dan selesa untuk digunakan apabila turun di medan pertandingan nanti," katanya selepas penyerahan sampel pertama pakaian itu di Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan, di sini pada Isnin.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Fitech Asia Syed Aldrin Syed Ahmad Kabeer dan jurulatih pelayaran negara Mohd Affendy Abdullah.
Sementara itu, Syed Aldrin berkata pakaian pelayaran yang direka menggunakan teknologi tempatan dan luar negara itu dibangunkan, selepas mengambil kira pelbagai faktor semasa pertandingan nanti.
"Perbincangan untuk membangunkan pakaian pelayaran ini bermula sejak akhir 2019. Bahan yang digunakan ialah poly lycra fabric, pakaian ini direka selepas mengambil kira tekanan pada paras laut, suhu, kelembapan, semasa pertandingan nanti," katanya.
Bagi Khairulnizam, beliau mengakui penggunaan pakaian pelayaran khas banyak membantu prestasi atlet semasa pertandingan.
"Kilang menghasilkan produk dalam kuantiti besar setiap atlet pula memiliki saiz badan berbeza. Atlet ada kelebihan apabila pakaian pelayaran dibuat secara tempah khas kerana beri kelebihan dari segi keselesaan, pakaian tidak boleh terlalu ketat kerana tidak bagus untuk otot malah pergerakan pasti terganggu.
"Inisiatif oleh UiTM dan Fitech Asia, ini sangat baik untuk memaksimumkan prestasi atlet. Ketika ini pakaian pelayaran ini dihasilkan khas untuk saya, namun sekiranya berjaya mungkin boleh dipasarkan di dalam dan luar negara pada masa depan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 28 2020
Bagi Khairulnizam, beliau mengakui penggunaan pakaian pelayaran khas banyak membantu prestasi atlet semasa pertandingan. Foto: Sinar Harian
Peniaga rugi RM140,000 terima 'cek tendang' urusan jualan jam Rolex
Mangsa lelaki rakyat tempatan mengiklankan jam tangan miliknya di aplikasi Facebook dengan harga RM88,000 pada 27 Okt lepas.
Kerajaan ada rancangan sandaran jika MALBATT terpaksa berundur
Katanya, buat masa ini komitmen negara masih berterusan seperti negara-negara lain yang menghantar anggota tentera mereka ke Lubnan.
AWANI Ringkas: PM: Akrab dengan China tidak bermakna menyebelahi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MetMalaysia keluarkan nasihat taufan Yinxing
Taufan itu berada pada kedudukan latitud 18.4 utara dan longitud 119.5 timur, kira-kira 118 km ke Barat Laut Laoag City, Filipina.
AWANI Pagi: Jiwa SME | Rahsia usahawan tempatan menawan cabaran untuk kecapi kejayaan
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama tiga tetamu, Naib Presiden Unifi Business, Mohamad Yusman Ammeran, Pengasas Sumatraa Sdn Bhd, Mohammad Syaifullah Che Ghani dan Nor Hedayah Kaulan, Pengasas Hedy's International Sdn Bhd berkongsi rahsia kejayaan dalam bidang keusahawanan dan bagaimana mereka menerima bantuan untuk mengecapi kejayaan itu.
Kita Gempur: KPDN Pulau Pinang rekod 121 kes dengan nilai rampasan lebih RM100,000
Menerusi pemeriksaan terhadap 3,239 premis di sekitar Pulau Pinang, kompaun RM18,600 turut dikeluarkan dalam tempoh berkenaan.
Gobind komited bantu pemain bandar pintar Malaysia lebar sayap ke pentas dunia
Beliau menegaskan, syarikat tempatan mempunyai potensi yang besar untuk bersaing di peringkat global.
Trump namakan Susie Wiles sebagai Ketua Turus Rumah Putih
Beliau menyifatkan Wiles sebagai seorang yang "tegas, pintar, inovatif dan dihormati serta dikagumi oleh semua pihak."
#AWANIRingkas 8 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 8 November 2024
1️⃣ Hasil lawatan PM ke China
2️⃣ Kejayaan penting buat Malaysia
3️⃣ Pendakwaan di Mahkamah Kuala Lumpur
#awaniringkas
1️⃣ Hasil lawatan PM ke China
2️⃣ Kejayaan penting buat Malaysia
3️⃣ Pendakwaan di Mahkamah Kuala Lumpur
#awaniringkas
Isu FashionValet: Hari keempat SPRM rekod keterangan Vivy, suami
Difahamkan, proses merakam keterangan mereka hari ini adalah berkait dengan dokumen serta beberapa transaksi didakwa meragukan.
Nur Syazrin harap kejayaan emas tingkat motivasi kontinjen Sukan Asia negara
Nur Shazrin berharap kejayaan menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia di Sukan Asia kali ini, dapat meningkatkan lagi motivasi atlet negara.
Atlet pelayaran Khairulnizam julang Piala Eropah
Pelayar dari Selangor berumur 28 tahun itu menjulang trofi acara laser lelaki ILCA7 dengan mengumpul 12 mata bersih menerusi tujuh daripada lapan perlumbaan yang dijadualkan.
Tokyo 2020: Khairulnizam, Nur Shazrin gagal ke perlumbaan perebutan pingat
Pelayar negara, Khairulnizam Afendy dan Nur Shazrin Latif, tidak layak ke perlumbaan perebutan pingat acara masing-masing dalam Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Olimpik Tokyo: Pasangan wanita negara bermula langkah kiri dalam acara 470
Pasangan pelayar wanita negara, Juni Karimah Noor Jamali dan Nuraisyah Jamil kini menduduki tangga ke-19 keseluruhan selepas dua perlumbaan.
Khairulnizam lebih arif selepas Olimpik London
Pelayar berusia 23 tahun itu berkata beliau gembira dengan keadaan dan suasana di venue kerana keadaan tiupan angin adalah berbeza setiap hari.
Pelayar negara Nur Shazrin, gadis lasak yang sukakan cabaran
Atlet wanita pertama ke Sukan Olimpik dalam pelayaran itu berkata dia tidak menyangka akan dapat peluang pada usia seawal 17 tahun.
Tidak takut nyamuk, lebih bimbang kebersihan venue pelayaran Olimpik Rio
Khairulnizam adalah atlet terbaru negara yang pulang dari program latihan menyesuaikan diri dengan venue pertandingan Sukan Olimpik Rio 2016.