Khairul Hafiz Jantan lebur rekod Watson Nyambek

Astro Awani
Julai 27, 2016 17:37 MYT
Khairul Hafiz mencatat masa 10.18 saat, sekaligus meleburkan rekod 10.30 saat yang dipegang Watson Nyambek selama 18 tahun. - fotoBERNAMA
Atlet pecut Melaka, Khairul Hafiz Jantan mencatat rekod kebangsaan baru dalam acara 100 meter ketika merangkul pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) di Stadium Sarawak hari ini.
'Raja pecut' baharu negara itu mencatat masa 10.18 saat, sekaligus meleburkan rekod 10.30 saat yang dipegang Watson Nyambek selama 18 tahun.
Rekod lama yang dicatat Watson adalah ketika temasya Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 1998.
Khairul yang juga remaja terpantas Asia itu meninggalkan atlet tuan rumah, Jonathan Nyepa yang mencatat masa 10.36 saat untuk pingat perak dan rakan senegeri, Badrul Hisyam Abdul Manap sekadar gangsa dengan catatan masa 10.36 saat.
Keputusan itu dibuat berdasarkan 'photo-finish'.
#Jonathan Nyepa #Khairul Hafiz Jantan #lari pecut #Sukan Malaysia #SUKMA #Watson Nyambek
;