Khairul Azman-Aidil Sharin kembali bergabung di Kuching City

Astro Arena
Mac 4, 2024 12:29 MYT
Khairul Azman Mohamed, kembali melanjutkan kariernya dalam bola sepak apabila bersetuju menyertai Kuching City sebagai jurulatih penjaga gol. - Foto Stadium Astro
PENJAGA gol legenda negara, Khairul Azman Mohamed, kembali melanjutkan kariernya dalam bola sepak apabila bersetuju menyertai Kuching City sebagai jurulatih penjaga gol.
Khairul Azman pernah bekerjasama dengan jurulatih Aidil Sharin di Kedah Darul Aman selama dua tahun, untuk memikul peranan serupa sebelum Khairul Azman mengumumkan pengundurannya daripada pasukan dan hasratnya untuk bersara daripada bidang kejurulatihan.
Namun, peranan Aidil Sharin mungkin mendorong sosok berusia 54 tahun itu kembali memikirkan peranannya di Borneo.
Musim lalu, Kuching City kerap mempertaruhkan Wan Azraie Wan Teh sebagai taruhan utama di samping Shaiful Wazizi dan musim ini, posisinya akan dicabar Shahril Sa'ari.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
#Khairul Azman Mohamed #jurulatih penjaga gol #Kuching City #bola sepak
;