Khabib tumpaskan Poirier, kekalkan kejuaraan lightweight UFC

Haider Yutim
September 7, 2019 06:14 MYT
Ini merupakan kali kedua Khabib mempertahankan gelaran lightweight yang disandangnya. - Foto Instagram
Khabib Nurmagomedov berjaya mengekalkan takhta kejuaraan lightweight UFC selepas menumpaskan Dustin Poirier dalam acara UFC 242 di sini, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Ahad.
Pertarungan tersebut menyaksikan jaguh dari Dagestan, Rusia itu mengalahkan Poirier selaku juara interim lightweight menerusi 'submission' (kuncian) pada minit 2:06 pusingan ketiga.
Keputusan pertarungan menentukan siapa juara sebenar lightweight ini sekali gus melebarkan rekod profesional Khabib kepada 28 kemenangan tanpa kalah.
Ini merupakan kali kedua Khabib mempertahankan gelaran lightweight yang disandangnya.
Kali pertama dia mempertahankan kejuaraan tersebut ialah pada Oktober tahun lalu selepas menewaskan Conor McGregor dalam aksi UFC 229.
Dia kemudiannya digantung perlawanan selama sembilan bulan susulan insiden kekecohan yang berlaku selepas pertarungan mereka. Manakala McGregor pula digantung enam bulan.

Khabib menang!! Yeah!! Tewaskan Dustin Poirier menerusi submission pada pusingan ke-3 untuk kekalkan kejuaraan dunia lightweight! #UFC242 @501Awani

— Haider Yutim (@hyder_yutim) September 7, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Oleh kerana tempoh sembilan bulan tanpa mempertahankan kejuaraan merupakan satu jangka waktu yang lama, UFC berpendapat kejuaraan interim bagi divisyen lightweight perlu diadakan.
Poirier yang bertemu Max Holloway dalam kejuaraan tersebut pada April lalu, muncul sebagai juara interim lightweight UFC.
#Abu Dhabi #Conor McGregor #Dagestan #digantung perlawanan #Dustin Poirier #Emiriah Arab Bersatu #kemenangan tanpa kalah #Khabib Nurmagomedov #lightweight UFC #pertarungan #Rusia #UAE #UFC 242
;