Khabib dinobat atlet Rusia paling berjaya oleh Forbes
Astro Awani
Julai 26, 2019 17:32 MYT
Julai 26, 2019 17:32 MYT
BINTANG seni bela diri campuran (MMA), Khabib Nurmagomedov dinobat sebagai atlet Rusia ‘paling berjaya’ oleh majalah Forbes bagi tahun 2019.
Memetik laporan RT.com, juara lightweight UFC berusia 30 tahun itu berada pada kedudukan nombor satu personaliti sukan dan hiburan di negara tersebut, mendahului ikon pop Rusia, Olga Buzova dan bintang hoki ais Alexander Ovechkin.
Khabib meraih pendapatan sebanyak AS$11.5 juta (RM43.3 juta) serta mempunyai lebih 15 juta ‘followers’ di laman media sosial Instagram.
Pada Jun lalu, MMAFighting melaporkan, Khabib kini merupakan atlet yang menerima bayaran paling tinggi di UFC selepas memperbaharui kontrak dengan organisasi itu untuk kemunculannya di UFC 242, September nanti.
Petarung dari Dagestan itu bakal mempertahankan kejuaraannya dengan juara lightweight interim, Dustin Poirier pada acara yang dijadualkan berlangsung 7 September ini di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Khabib kini sedang berehat dari sebarang aksi pertarungan MMA selain digantung perlawanan susulan insiden pergaduhan yang berlaku di UFC 229 pada Oktober tahun lalu.
Petarung dari Dagestan, Rusia itu didenda sebanyak AS$500,000 (RM2,053,953) dan digantung perlawanan selama sembilan bulan, manakala pesaingnya Conor McGregor pula didenda AS$50,000 (RM205,355) dan digantung perlawanan enam bulan.
#Alexander Ovechkin
#atlet Rusia
#bintang UFC
#Conor McGregor
#Dagestan
#Dana White
#Dustin Poirier
#Khabib most successful athlete
#Khabib Nurmagomedov
#Mixed Martial Arts
#MMA
#Olga Buzova
#paling berjaya
#UAE
#UFC
#UFC 242