Keserasian diantara pemain semakin dirasai

Astro Awani
Januari 30, 2013 08:35 MYT
Aksi persahabatan menentang Iraq pada Jumaat adalah medan terbaik untuk bentuk keserasian mantap diantara pemain.
Demikian pendapat pemain pertahanan skuad senior kebangsaan, Mahali Jasuli yang turut mengharapkan barisan pemain pertahaann beri tumpuan penuh untuk tugasan kali ini.
"Kami sedar bahawa pasukan arab memiliki jentera serangan yang bagus oleh kerana itu kami harus menggandakan usaha pertahanan supaya tidak dibolosi pada perlawanan menentang Qatar nanti,” ujar Mahali.
Mahali bakal dijadikan sandaran untuk mengemudi posisi pertahanan kanan skuad negara berikutan ketiadaan Bunyamin Omar yang digugurkan akibat kecederaan.
Bagaimanapun, pemain pertahanan Selangor itu perlu bersaing dengan K. Reuben dan Nik Shahrul Azim Ab Halim sebelum beraksi dalam kesebelasan utama.
Sementara itu, penjaga gol Harimau Malaya Khairul Fahmi Che Mat tekad untuk beri penumpuan khusus terhadap perebutan bola di udara bagi menyekat kemaraan Qatar nanti.
Khairul Fahmi atau Apek bakal menjadi pilihan untuk kembali mengalas tugas penjaga gol utama negara susulan kecederaan yang dialami Farizal Marlias.
#Bunyamin #Iraq #Mahali Jasuli #Qatar
;