Kerajaan Selangor lantik Yazid Sairi, Venu Ramadass menuju SUKMA 2026

Astro Arena
Januari 9, 2025 09:10 MYT
Amirudin (dua, kanan) menyerahkan watikah pelantikan kepada Mohd Yazid (dua, kiri) dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Shah Alam semalam. - Foto X Amirudin
KERAJAAN Negeri Selangor secara rasminya mengumumkan pelantikan Datuk Mohd Yazid Sairi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Venu Ramadass sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) bagi Sekretariat Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026.
Pelantikan dibuat semalam adalah sebahagian daripada proses awal untuk memastikan penganjuran temasya SUKMA XXII Selangor 2026 dapat dilaksanakan dengan lancar dan berjaya.
Mohd Yazid memiliki ijazah sarjana pengurusan strategik dari Universiti Tun Abdul Razak dan kini berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
Beliau memiliki pengalaman luas dalam bidang pentadbiran awam dan pernah berkhidmat sebagai timbalan pengarah di Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor, Pegawai Daerah Sepang dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang.
Beliau turut berperanan sebagai Timbalan Ketua Kontinjen Negeri Selangor di Kejohanan SUKMA XXI Sarawak 2024.
Ramadass merupakan lulusan Universiti Malaya dalam bidang sains sukan serta memiliki ijazah sarjana pentadbiran perniagaan dari Glasgow Caledonian University di Scotland.

Bermulanya langkah menuju SUKMA XXII Selangor 2026! Tahniah kepada YBhg. Dato Mohd Yazid bin Sairi (CEO) dan Encik Venu Ramadas (COO) atas pelantikan sebagai tulang belakang Sekretariat SUKMA Selangor. Semoga Selangor terus gemilang di SUKMA XXII!#KitaSelangor pic.twitter.com/08h6JJLOcz

— Amirudin Shari (@AmirudinShari) January 8, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beliau berpengalaman luas dalam bidang penyiaran sukan dan merupakan mantan pengurus saluran Astro Arena.
Beliau juga memiliki pengalaman sebagai perunding penyiaran dan penerbitan yang terlibat secara langsung dalam penganjuran Sukan SEA di Kemboja pada 2023 dan sebagai urusetia penganjur Kejohanan Badminton Berpasukan Asia di Selangor pada 2022 dan 2024.
Susulan pelantikan ini, pihak sekretariat seterusnya akan menyelaraskan hal-hal khusus terkait persiapan penganjuran SUKMA XXII Selangor 2026 dengan melibatkan jabatan dan agensi kerajaan negeri termasuk pihak berkuasa tempatan negeri, pejabat-pejabat daerah serta anak-anak syarikat milik kerajaan negeri.
#SUKMA XXII Selangor 2026 #Venu Ramadass #Mohd Yazid Sairi #Selangor
;