KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri sedia menaja basikal trek velodrom Mohd Harrif Saleh bagi merealisasikan impian jaguh berbasikal lebuh raya negara itu untuk memperkemaskan latihan dan kembali aktif dalam acara berkenaan.
Exco Pembangunan Sukan, Belia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, beliau menjangkakan kos diperlukan Mohd Harrif melebihi RM40,000.
"Kita akan realisasikan impian beliau untuk dapatkan basikal yang diperlukan itu, insya-ALLAH.
"Kita jangka anggaran kos melebihi RM40,000," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini.
Wan Sukairi berkata, beliau sebelum ini ada membaca hantaran di laman sosial atlet basikal Terengganu itu yang meluahkan masalah tidak memiliki basikal trek sendiri untuk memudahkannya membuat latihan.
"Sebelum ini beliau (Mohd Harrif) ada memuat naik status berkenaan tentang isu basikal untuk digunakan bagi acara trek di veledrom.
"Rakan media sosial saya juga ramai memaklumkan kepada saya mengenai perkara itu malah saya juga dihubungi sendiri oleh beliau untuk menceritakan apa yang diperlukan.
"Saya telah meminta beliau menyatakan apa keperluan sebenarnya melalui sepucuk surat dan surat itu telah diserahkan ketika pertemuan kami baru-baru ini," katanya.
Menurut Wan Sukairi, isu tersebut juga dalam pengetahuan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan turut menyatakan kesediaan untuk membantu atlet berkenaan.
"Kita dok lok saje (tak biarkan sahaja). Kita pasti akan bantu. Apatah lagi atlet hebat seperti Harrif Saleh ini. insya-ALLAH, semoga akan lahir seorang lagi atlet sehebat Datuk Azizulhasni Awang," ujarnya.
Selepas membuat penampilan pada Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) 2023 di Velodrom Nasional, Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini, Mohd Harrif atau lebih mesra digelar Mamat tampak serius untuk kembali aktif menggegarkan trek velodrom.
Beliau turut menyatakan kesediaannya membarisi skuad berbasikal trek negara jika khidmatnya diperlukan.
Menerusi status yang dimuat naik di laman sosialnya, pelumba Terengganu Cycling Team (TSG) itu mengakui beliau hanya menggunakan basikal trek yang dipinjamkan oleh Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) ketika membuat penampilan pada ACC 2023 yang lalu.
Mohd Harrif turut merakam penghargaan atas kesudian MSNT meminjamkan basikal itu untuk digunakan ketika mewakili Malaysia dalam saingan ACC dan kejohanan kebangsaan.
Pada ACC 2023, jaguh berbasikal itu berjaya menamatkan acara elimination (perlumbaan penyingkiran) di tangga kelapan daripada 15 pelumba biarpun hanya membuat persiapan dalam tempoh dua minggu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jun 26 2023
Wan Sukairi (kiri) ketika bertemu Mohd Harrif pada 22 Jun lalu bagi mengetahui permasalahan dialami atlet berkenaan. - Foto Facebook Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah
AWANI Borneo [19/08/2024] – Perdagangan karbon | Bantu survival peniaga | Terjunan emas Elvis
Tumpuan Awani Borneo 19 Ogos 2024 bersama Pia Ernadya
- Perdagangan karbon, Sarawak tunggu lampu hijau kerajaan pusat
- Penjaja Sabah terima bantuan RM500 menerusi SYABAS
- Terjunan emas Elvis Priestly di pusat akuatik Pandelela Rinong
#AWANInews
- Perdagangan karbon, Sarawak tunggu lampu hijau kerajaan pusat
- Penjaja Sabah terima bantuan RM500 menerusi SYABAS
- Terjunan emas Elvis Priestly di pusat akuatik Pandelela Rinong
#AWANInews
PapLite Pro: Inovasi untuk saringan serviks yang lebih baik
Inovasi ini bertujuan meningkatkan saringan serviks dengan menjadikannya kurang invasif dan lebih berkesan.
Peguam sahkan Syamsul Yusof fail penceraian terhadap Ira Kazar
Perkara itu disahkan sendiri oleh Peguam syarie, Azmi Mohd Rais yang mewakili pengarah filem berusia 39 tahun itu.
Suri rumah nyaris maut rumah dirempuh treler kontena
Seorang wanita nyaris maut selepas kediamannya dirempuh sebuah treler kontena di Taman Desa Bayan Emas, Bukit Kayu Hitam pada Isnin.
Putera Mahkota Brunei berangkat ke Pameran Raja Kita
Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah yang juga Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri Brunei, diiringi isteri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah semasa lawatan ke pameran khas itu yang dianjurkan bersempena dengan Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 20 Julai lepas.
Program Madani Jiwa Merdeka tanamkan semangat patriotik di hati pelajar
Angkatan Tentera Malaysia(ATM) mengambil inisiatif melancarkan beberapa program kenegaraan di sekolah sekolah sekitar pulau di kawasan Semporna bagi memberi peluang kepada penduduk yang tinggal di pulau dan jauh dari bandar merasai semangat kemerdekaan dan suasana hari kebangsaan seperti di tanah besar.
Penjaja Sabah terima bantuan RM500 menerusi SYABAS
Kerajaan Sabah melalui Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR) turun padang menyalurkan bantuan RM500 kepada penjaja yang layak di bawah Skim Jaya Usahawan Belia Sabah (SYABAS).
Sarawak tunggu kerajaan persekutuan muktamadkan undang-undang berkaitan karbon
Sarawak tunggu kerajaan persekutuan muktamadkan undang-undang karbon khasnya berkaitan penghantaran rentas sempadan, sebelum perdagangan komoditi berkenaan dapat dimulakan.
SUKMA 2024: KBS puji Sarawak naik taraf kemudahan sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memuji usaha kerajaan Sarawak menaik taraf kemudahan sukan sedia ada bagi menganjurkan Sukan Malaysia (SUKMA) 2024, khususnya Lapang Sasar Menembak yang dilengkapi sistem elektronik.
FGV kekal komited terhadap amalan pengambilan pekerja bertanggungjawab
FGV Holdings Bhd kekal komited terhadap amalan pengambilan pekerja yang bertanggungjawab dan prinsip 'tiada yuran pengambilan' untuk bekas pekerja migran melalui program pembayaran baliknya.
Harrif Saleh manfaat wang i-Lestari KWSP teroka perniagaan baharu
Raja Pecut acara lebuh raya itu berkata inisiatif untuk memperoleh pendapatan tambahan itu tercetus susulan cabaran pandemik COVID-19.