Kepulangan Nazmi sangat merugikan

Astro Awani
Februari 2, 2013 09:38 MYT
Ketua jurulatih Harimau Muda Ong Kim Swee menyifatkan keputusan mengejut pemain bola sepak remaja kebangsaan, Nazmi Faiz Mansor pulang ke Malaysia bagi beraksi di saingan liga tempatan adalah sangat merugikan.
Ong, yang kecewa dengan tindakan yang dilakukan Nazmi serta ejennya, Marco Guimaraes, juga berkata tindakan Nazmi sebagai langkah kurang bijak buat pemain itu sendiri.
Menurut Kim Swee, FAM seolah-olah dibelakangkan Nazmi dan ejennya.
Ini kerana kenyataan rasmi kelab berkenaan memberitahu kepulangan Nazmi adalah untuk membantu skuad kebangsaan.
“Mereka memikirkan mereka lebih baik pulang ataupun mempunyai masalah di Beira Mar, kita tak boleh buat apa-apa kerana kita tahu Nazmi sekarang mempunyai ejen dan kita tak boleh mengambil nazmi sewenang-wenangnya.
“Hanya yang mampu FAM lakukan adalah membantu tetapi jika mereka membuat keputusan untuk pulang, itu hak mereka. Tetapi bagi saya itu satu kerugian.”
Sementara itu, pemain Harimau Muda Ariff Farhan Mat Isa pula kecewa dengan tindakan Nazmi mempersia-siakan aksi di liga Eropah yang diakui mampu mempertingkatkan kualiti serta kemahiran pemain.
“Tidak sepatutnya terjadi lah sebab sekarang ini dia diberi peluang untuk bermain di liga Portugal.
Peluang itu macam tak perlu diabaikan lah, macam dia perlu teruskan liga sana sebab kontrak dengan Beira Mar pun tiga tahun, patutnya dia dah perlu, dia dah ada level yang lain lah, tak perlu balik untuk main di malaysia lagi lah.
Kini nazmi perlu memastikan justifikasi dalam tindakannya itu dan bukannya menjadi mangsa pihak-pihak tertentu.
#bola sepak #Ong Kim Swee #PKNS
;