Kepulangan Harimau Malaya disambut meriah
Nickyson Nyambar
Januari 26, 2024 22:59 MYT
Januari 26, 2024 22:59 MYT
KUALA LUMPUR: Perkarangan Balai Ketibaan KLIA meriah dengan kehadiran orang ramai yang bangga dengan kesungguhan skuad negara di Qatar.
Skuad kebangsaan, Harimau Malaya selamat tiba di tanah air sekitar jam 9 malam pada Jumaat.
Ketibaan wira kebanggaan negara termasuk jurulatih Kim Pan Gon disambut orang ramai yang memenuhi perkarangan Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1.
Rakaman video yang dikongsikan EraFM di laman media sosial X menunjukkan orang ramai bersorak apabila melihat skuad negara negara keluar dari balai tersebut.
Dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan itu, Malaysia mempamerkan semangat luar biasa apabila berjaya bangkit selepas ketinggalan dua kali untuk seri 3-3 dengan pasukan gergasi Asia.
Keputusan seri ini bermakna Malaysia berjaya pulang dengan satu mata berharga dalam saingan Piala Asia, sekali gus berpeluang memperbaiki ranking.