Kepa, De Gea perlu belajar daripada Anthony Joshua - Southall

Astro Arena
September 22, 2020 11:57 MYT
Chelsea membeli Kepa (kiri) sebagai penjaga gol termahal dunia pada 2018, Anthony Joshua (kanan) merupakan peninju heavyweight terbaik dunia.
NEVILLE Southall percaya Kepa Arrizabalaga dan David de Gea boleh belajar sesuatu yang berharga daripada juara tinju heavyweight dunia, Anthony Joshua.
Chelsea membeli Kepa sebagai penjaga gol termahal dunia pada 2018 tetapi kesilapan terbaru pemain itu mengakibatkan skuad The Blues berkenaan tewas 0-2 kepada juara bertahan, Liverpool, dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi semalam.
Dia kini akan kehilangan tempat selaku penjaga gol utama Chelsea kepada pemain Rennes, Edouard Mendy, yang dilaporkan semakin hampir untuk ke Stamford Bridge dengan tanda harga £22 juta (RM116.5 juta).
Penjaga gol Manchester United, De Gea, dalam pada itu turut melewati beberapa kempen sukar dan berada dalam tekanan untuk mengekalkan kedudukannya berikutan Dean Henderson kembali menyertai pasukan itu selepas dipinjamkan kepada Sheffield United.
Southall, yang pernah membantu Everton memenangi dua gelaran liga, dua kejuaraan Piala FA selain satu gelaran Piala Eropah sepanjang 17 tahun di Goodison Park, menjadikan Joshua -- peninju yang ditumbangkan Andy Ruiz Jr pada June 2019 sebelum kembali merampas tali pinggangnya enam bulan kemudian -- sebagai contoh mentaliti yang diperlukan dua penjaga gol berkenaan.
"Apabila anda seorang penajaga gol berpengalaman, anda mempunyai rekod yang akan menjadi penilaian semua orang," katanya kepada Stats Perform News.
"De Gea mengalaminya, kebanyakan orang akan melaluinya pada sesetengah usia, di mana ia agak pelik kerana anda telah membuktikan apa yang anda boleh lakukan.
"Sama seperti Anthony Joshua, dia telah membuktikan bahawa dia peninju heavyweight terbaik dunia kerana dia memiliki tali pinggang itu dan kemudian, dia tewas satu pertarungan.
"Benar, kekalahan itu sedikit mencalarkan rekodnya tetapi dia memenanginya kembali.
"Saya fikir ada pengajaran yang boleh diambil daripada Anthony Joshua buat kedua-dua penjaga gol itu -- anda mungkin menerima tumbukan yang menumbangkan anda tetapi anda perlu bangun dan menumbuk segala yang ada di dunia," katanya.

Lampard reports Willy Caballero will start against Barnsley on Wednesday and that was always the plan. He says everyone makes mistakes in football and Kepa has to keep working hard to try and cut them out. That's all from the boss, more online and on the app later. #CHELIV

— Chelsea FC (@ChelseaFC) September 20, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ditanya mengenai kesukaran Kepa di Chelsea, Southall berkata: "Pemain bola sepak adalah perdana menteri dalam dunia bola sepak, bukankah seperti itu? Semua orang benci anda dan semua orang sukakan anda, bergantung kepada apa yang telah anda lakukan untuk mereka.
"Seperti perdana menteri, anda hidup dan mati dengan keputusan anda. Adakalanya anda membuat keputusan yang baik dan adakalanya buruk.
"Kepa masih muda. Ia proses pembelajaran buatnya, mungkin musim ini dia akan menjadi lebih baik.
"(Frank) Lampard mungkin tidak menilainya seperti itu tetapi amat jelas, dia memiliki bakat.
"Dia perlu percayakan dirinya dan menjadi lebih baik.
"Jika anda melalui waktu sukar, satu-satunya perkara yang perlu dilakukan adalah bertenang, kenal pasti di mana kesalahan anda dan membetulkannya.
"Bukan mudah untuk memperbaikinya, ia berkenaan keyakinan," katanya.
#Anthony Joshua #Chelsea #David de Gea #Dean Henderson #Edouard Mendy #heavyweight #kempen #Kepa Arrizabalaga #kesilapan #Neville Southall #penjaga gol #tekanan #termahal #tinju
;