Kenapa Man City pakai jersi stail lama? Ini jawapannya

Faiz Johari
Ogos 4, 2019 07:40 MYT
Pasukan The Citizens mengenakan jersi khas sempena sambutan 125 tahun kelab tersebut. -
JIKA anda menonton perlawanan Piala Perisai Komuniti di antara Manchester City dan Liverpool malam tadi, anda akan perasan sesuatu yang agak pelik.
Kalangan peminat pastinya tertanya-tanya kenapa jersi Manchester City malam semalam tidak mempunyai sebarang penaja di bahagian dada?
Sebenarnya, pasukan The Citizens telah mengenakan jersi khas bersempena sambutan 125 tahun kelab tersebut ditubuhkan.
Dengan rekaan yang begitu ringkas, ia mengimbau kembali kenangan corak jersi pada era 70an yang hanya menggunakan dua warna iaitu biru muda dan putih.
Biarpun tanpa logo atau tulisan jenama, jersi 125 tahun ini mendapat sokongan penuh daripada penaja utama pasukan Manchester City seperti Etihad dan juga Nexen Tire.
Pada perlawanan merebut Piala Perisai Komuniti malam tadi, Manchester City yang juga juara Liga Perdana Inggeris, menjulang Perisai Komuniti selepas menang menerusi penentuan penalti menewaskan Liverpool 5-4 di Stadium Wembley.
BACA: Man City tewaskan Liverpool untuk muncul juara Perisai Komuniti
#125 tahun #Community Shield #era 70an #Etihad #Liverpool #Manchester City #Nexen Tire #Piala Perisai Komuniti #The Citizens
;