Ketua Jurulatih Olahraga baharu, Zainal Abas mempunyai sasaran peribadi untuk mengembalikan maruah skuad olahraga yang semakin merudum.
Pelantikan Zainal selaku ketua jurulatih olahraga kebangsaan jelas mengundang pelbagai reaksi tetapi ramai tidak tahu penglibatannya melahirkan ramai atlet pelapis negara di Sekolah Sukan Bukit Jalil sejak 1996.
Tidak berjanji mampu menukar kaca kepada permata dalam tempoh singkat, dia mengakui pendekatannya mudah dalam dunia olahraga iaitu penerapan sains sukan dan pendekatan psikologi.
Akui satu tanggungjawab berat, dia menerima beban itu melalui hati terbuka biarpun berasa satu kejutan selain berharap Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dapat memberi restu terhadap pelantikannya itu secepat mungkin.
“Bukan tugas yang mudah. Terutamanya kita perlu mengembalikan keyakinan bukan sahaja dari segi penyokong tetapi atlet juga perlu percaya mereka mampu berjuang sedaya-upaya ketika beraksi di gelanggang sendiri dimana maruah sendiri akan dipertaruhkan.
"Jadi harapan kami adalah untuk melakukan perancangan yang terbaik supaya atlet dapat bagi yang terbaik juga," tambahnya.
Walaupun pelantikannya di luar pengetahuan pengarah teknikal olahraga negara, Robert Ballard, Zainal tidak mahu itu menjadi isu besar.
Jika khidmat bekas atlet dari Australia itu juga diteruskan (KOM), Zainal sedia bergerak seiringan demi kemajuan atlet negara dan mengetepikan sebarang perbezaan.
“Saya rasa untuk bekerjasama dengan beliau tidak ada masalah dan baru-baru ini YB Khairy Jamaluddin mengatakan akan kaji semula kedudukannya jadi terpulang kepada KBS dan Majlis Sukan Negara untuk menentukan hala tuju Robbert Ballard"
"Jika dia kekal sebagai pengarah teknikal kami harus menerima itu tetapi saya rasa tanggungjawab berbeza antara kedua-duanya” kata Zainal.
Jurulatih lompat bergalah, Teh Weng Chang, melihat tiada sebarang calon lain lebih layak kecuali Zainal yang disifatkan sudah masak dengan asam garam dunia olahraga negara.
Biarpun lebih menumpukan kepada pembangunan atlet pelapis, Weng Chang, tidak berasa itu satu halangan kerana Zainal seorang berpengetahuan luas dan dihormati kawan serta lawan.
“Memang sudah lama saya bekerja dengan Zainal dan sebelum itu juga dia dilantik sebagai ketua jurulatih ketika Malaysia jadi juara dalam sukan olahraga"
“Berdasarkan pencapaian itu, saya rasa ini keputusan yang tepat" ujarnya.
Bagi atlet 110 meter lompat pagar, Muhd. Ajmal Aiman Mat Hasan, dia menjadi antara individu paling gembira bila mengetahui pelantikan Zainal yang merupakan guru Bahasa Inggerisnya di Sekolah Sukan Bukit Jalil.
“Saya rasa mungkin sukan olahraga akan banyak berubah terutama untuk Sukan SEA di malaysia nanti kerana skuad olahraga meletakkan sasaran tinggi"
"Jadi, saya lihat memang betul siapa yang memilih coach zainal sebagai jurulatih" kata Ajmal.
Atlet pecut wanita, Siti Fatimah Mohamad, masih terlalu awal menilai sejauh mana Zainal mampu memikul tugasan diberikan kerana cabaran berbeza di peringkat elit dan pelapis.
“Saya sudah lama kenal cikgu Zainal sejak sekolah lagi kerana dia menjaga junior dan senior"
"Kita cuba dulu, kita bagi peluang kepada cikgu sekolah untuk menjadi ketua jurulatih" kata Siti Fatimah.
Sementara itu, atlet lompat tinggi, Lee Hup Wei, berpandangan banyak aspek perlu ditumpukan Zainal dalam menggilap atlet pelapis menjadi matang dalam tempoh dua tahun lagi.
“Semua atlet harus memberi sokongan penuh, mungkin dia akan melihat semula prestasi kami dan mendorong kami pergi lebih jauh"
Zainal merupakan jurulatih olahraga yang memilik pengalaman dalam sukan olahraga sejak 1993 ketika bersama Majlis Sekolah Sukan Johor. Tiga tahun selepas itu, Zainal ditempatkan di Sekolah Sukan Bukit Jalil sehingga dilantik sebagai ketua jurulatih olahraga negara.
Astro Arena
Wed Sep 30 2015

ZAINAL: Harapan kami adalah untuk melakukan perancangan yang terbaik supaya atlet dapat bagi yang terbaik.

KESUMA berusaha pastikan RUU wajibkan pekerja gig mencarum dilulus segera - Sim
Kementerian Sumber Manusia akan berusaha memastikan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig dilulus dan dilaksanakan secepat mungkin.
Ismail Sabri keluar dari SPRM, lima jam beri keterangan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan selepas lebih lima jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kes Zayn Rayyan: Pegawai penyiasat nafi diberi tekanan semasa siasatan
Seorang saksi pendakwaan kelima iaitu pegawai penyiasat kes kematian Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, menafikan beliau menerima tekanan daripada pihak atasan.

Intel Corp lantik Tan Lip Bu sebagai CEO, berpengalaman luas dalam industri cip
Intel Corporation telah melantik anak kelahiran Malaysia, Tan Lip Bu sebagai sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) berkuat kuasa 18 Mac depan.
Hamas sambut baik Trump tolak pemindahan rakyat Gaza
Hamas mengalu-alukan kenyataan Donald Trump yang menolak pemindahan rakyat Gaza. Rundingan antara Hamas dan AS turut berlangsung di Qatar, membincangkan isu tebusan dan gencatan senjata dengan Israel.

Presiden Syria tubuh Majlis Keselamatan Negara
Presiden Syria Ahmed al-Sharaa mengeluarkan dekri pada Rabu bagi penubuhan Majlis Keselamatan Negara untuk menyelaras dan mengurus dasar keselamatan serta politik negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Anak kelahiran Malaysia Lip-Bu Tan kini terajui Intel
Intel melantik Lip-Bu Tan, tokoh kelahiran Malaysia, sebagai CEO baharu ketika syarikat itu berdepan cabaran industri dan persaingan sengit.
[TERKINI] Ismail Sabri dalam proses beri keterangan
Siasatan terkait kes rasuah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih diteruskan dengan beliau diambil keterangan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
Wartawan Khalis Khadir, ada perinciannya.
KTMB sedia tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur sempena Aidilfitri
Bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna yang ingin pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan empat perkhidmatan tren khas Ekspres Lambaian Aidilfitri Edisi Pantai Timur.
Astro semarakkan Syawal dengan hiburan ‘Meriah Lain Macam’
Menyambut keistimewaan Syawal dengan caranya tersendiri, peneraju industri hiburan di Malaysia, Astro membawa kemeriahan tahun ini dengan sajian istimewa, menawarkan lebih daripada 160 kandungan Raya yang telah dirancang khas untuk seisi keluarga. Dari kandungan televisyen, sehingga ke platform digital dan radio, setiap satu dicipta dengan teliti untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri dengan pelbagai warna. Semua kandungan istimewa ini boleh dinikmati tanpa henti secara on-the-go, bermula malam raya di Astro.

KPM, DBP sokong pemerkasaan bahasa kebangsaan dalam undang-undang - Fadhlina
Ia termasuk melaksanakan kursus bahasa dan program seperti pertandingan debat, bagi memantapkan penguasaan bahasa pengamal undang-undang.

Sijil Alternatif Sekolah Menengah dikeluarkan 26 Feb ini
Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) tahun 2024 bagi MBPK telah selesai dilaksanakan pada 7 Jan lepas.

Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.

KPM tidak pernah benar syarikat, sindiket tawaran pinjaman masuk ke sekolah - Fadhlina
KPM tidak pernah membenarkan mana-mana syarikat swasta atau sindiket tawaran pinjaman oleh syarikat perunding kewangan masuk ke sekolah-sekolah.

Kadar keciciran pelajar sekolah rendah dan menengah menurun - KPM
2,873 pelajar merangkumi 883 murid sekolah rendah dan 1,990 murid sekolah menengah telah dikembalikan ke sekolah pada tahun lepas.

Peperiksaan STAM 2024 bermula 3 Feb - KPM
STAM akan dijalankan di 132 pusat peperiksaan di seluruh negara, dengan 926 petugas peperiksaan telah dilantik.

KPM pertimbang perluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru
Kementerian Pendidikan (KPM) mempertimbangkan untuk memperluas inisiatif Baucar Buku MADANI kepada guru pada masa akan datang.

KPM beri jaminan tiada pemotongan Bantuan Awal Persekolahan
Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan tidak akan berlaku sebarang pemotongan Bantuan Awal Persekolahan (BAP).

Pengetua, pihak sekolah diingatkan tidak sembunyi sebarang kejadian buli - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengingatkan pengurusan sekolah khususnya pengetua, guru besar dan guru pentadbir, agar tidak menyembunyikan kejadian buli dalam kalangan pelajar.

GISB: KPM selaras semula keperluan pendidikan anak-anak
KPM sedang menyelaraskan semula keperluan pendidikan anak-anak yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB).