Kem Badminton Astro: Ketua jurulatih masih tercari-cari bakat luar biasa

Astro Arena
Julai 3, 2022 07:00 MYT
Penyertaan di Pulau Pinang kekal meriah apabila seramai 284 orang peserta hadir bersama sokongan padu ibu bapa. - Foto Astro ARENA
SIRI pemilihan jelajah Kem Badminton Astro yang bermula di Johor Baharu minggu lalu diteruskan lagi dengan kem pemilihan di Pulau Pinang yang berakhir semalam.
Penyertaan di Pulau Pinang kekal meriah apabila seramai 284 orang peserta hadir bersama sokongan padu ibu bapa.
"Kelmarin dia rasa susah sangat untuk terpilih.
"Dia siap telefon untuk memberitahu saya bahawa dia tidak akan terpilih sebab dia gugup dan banyak buat kesilapan.
"Dia sampai menangis di dalam kereta. Kemudian pukul 4 petang, bapanya mendapat mesej pesanan ringkas daripada Astro.
"Jadi dia sangat gembira," kata seorang ibu peserta, Lynn Yeat.
Menurut bapa seorang lagi peserta, Anuar Aziz: "Saya pernah cuba hantar anak ke pemilihan bola sepak tapi dia tidak berminat berebut bola.
"Tapi saya tetap beri sokongannya untuk pemilihan badminton ini."
BACA: Bertolak 4.30 pagi ke Johor demi Kem Badminton Astro
Bagi ketua jurulatih Astro Kem Badminton, Chew Choon Eng, mengharapkan lebih ramai pemain berpotensi di kem pemilihan Kuala Lumpur pada 16 dan 17 Julai memandangkan di Pulau Pinang ini, belum ada lagi pemain tampil dengan aksi memukau.
Bagaimanapun, tidak dinafikan mereka masih mempunyai kualiti yang boleh diasah.
"Kami mengadakan ujian tentang cara menyambut bulu tangkis, pukulan 'drop' dan rejaman.
"Sebenarnya ketiga-tiga ini bahagian penting, susah," katanya.
Astro Kem Badminton | Semangat besar iringi Anisah hadiri kem, meskipun berselipar
#jurulatih #bakat luar biasa #Kem Badminton Astro #pemilihan
;