Kelayakan Piala Dunia: 'Sergio Ramos China' bersara akibat terlalu kecewa

Astro Arena
Mac 23, 2024 16:15 MYT
Tindakan pertahanan tengah yang diberi jolokan 'Sergio Ramos China' itu meletakkan jurulatih baru, Branko Ivankovic, dalam situasi sukar. - Foto Stadium Astro
KETUA pasukan China, Zhang Linpeng, 34, sukar menerima hakikat kegagalan pasukan kebangsaannya membenam Singapura di Stadium Nasional Singapura, kelmarin.
Negara Tembok Besar itu mendahului 2-0 sebelum diikat 2-2 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 itu mendorong Linpeng untuk bersara daripada pentas antarabangsa.
Tindakan pertahanan tengah yang diberi jolokan 'Sergio Ramos China' itu meletakkan jurulatih baru, Branko Ivankovic, dalam situasi sukar.
"Sebagai kapten saya tidak dapat melaksanakan peranan saya dalam membantu pasukan dan telah mengecewakan peminat,” katanya kepada pemberita.
"Selepas berfikir dengan masak-masak, saya percaya sudah tiba masanya untuk menamatkan karier kebangsaan saya.
"Kami tidak mampu untuk mengalahkan Singapura pada ketika ini.
"Secara peribadi saya rasa ia tidak boleh diterima. Ia memalukan."
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
#Ketua pasukan China #Zhang Linpeng #kelayakan Piala Dunia #Sergio Ramos China #bersara #benam Singapura
;