Kelayakan Piala Dunia: Sepanyol tenang tiket automatik di hujung tanduk

Astro Arena
November 11, 2021 11:40 MYT
Luis Enrique hadir pada sidang media di Stadium Olympic di Athens, Greece, 10 Nov, 2021. (Foto AP)
KETUA jurulatih Sepanyol, Luis Enrique, menegaskan tiada tekanan boleh menggugatnya menjelang perlawanan kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 menentang Greece.
Juara dunia 2010 itu bakal bertandang ke Athens, awal pagi esok, sambil menyedari nasib mereka kini di hujung tanduk untuk layak secara automatik ke temasya Qatar 2022.
Sekiranya Sweden terlebih dahulu mengalahkan Georgia dalam perlawanan Kumpulan B, maka kedudukan teratas adalah di genggaman Sepanyol sekalipun memungut tiga mata ke atas Greece.
Malah, skuad kendalian John van't Schip itu masih mmapu menjamin tempat kedua teratas jika mereka menewaskan La Roja selepas seri 1-1 dalam perlawanan timbal balik pada Mac lalu.
Namun, Luis Enrique tidak percaya kegusaran terlepas tiket untuk menjamin pusingan akhir tahun depan akan mengganggu persiapan mereka.
"Luis Enrique dilahirkan dengan tekanan," katanya kepada pemberita malam tadi.
“Saya berhadapan dengan tekanan sejak berusia 18 tahun dan saya berasa selesa.
“Selepas melihat bagaimana anak buah saya berlatih, saya hanya mampu menyampaikan keyakinan yang mereka berikan kepada saya.
"Kami berdepan tekanan dalam setiap perlawanan. Saya belum mahu merujuk kepada mana-mana perlawanan lain.
"Greece merupakan sebuah pasukan yang sangat teratur, itulah hakikatnya.
"Dalam pertemuan sebelum ini, kami mencipta sedikit peluang dan tidak ia tidak berjalan seperti yang kami hajati. Mereka bermain dengan baik dan itulah sebabnya kami harus bijak ketika mengasak.
"Saya menerapkan corak permainan yang memastikan pihak lawan akan terperangkap di dalam kubu mereka sendiri."

#VamosEspaña #Catar2022 pic.twitter.com/8QmW13Z4uT

— Selección Española de Fútbol (@SeFutbol) November 10, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagi Sepanyol, situasi perlawanan itu dianggap sama seperti pertemuan menentang Slovakia di peringkat kumpulan Euro 2020 apabila kemenangan 5-0 menghantar mereka ke pusingan kalah mati untuk mengiringi Sweden selepas seri dua perlawanan pembukaan.
Jika menang, anak buah Enrique akan menuju ke perlawanan terakhir menentang Sweden sambil menyedari nasib mereka masih di dalam kawalan sendiri.
#Luis Enrique #sepanyol #Piala Dunia Qatar 2022
;