Kelayakan Piala Dunia: Rekod tanpa kalah Australia lebur di tangan Jepun

Astro Arena
Oktober 13, 2021 10:51 MYT
Ao Tanaka meraikan kejayaan menjaringkan gol pertama pasukannya ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia kumpulan B antara Australia dan Japan di Stadium Saitama, Saitama, utara Tokyo, 12 Okt, 2021. (Foto AP)
JEPUN 2 AUSTRALIA 1
Rekod kemenangan sempurna Australia dalam kempen pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 musnah sebaik tewas 1-2 di tangan Jepun di Saitama malam tadi.
Socceroos merekodkan 11 kemenangan berturut-turut dalam pusingan kelayakan ke Qatar 2022 itu -- mencipta rekod baru dalam proses berkenaan -- dan secara keseluruhan 12 perlawanan berturut-turut termasuk kempen terdahulu.
Bagaimanapun, gol pembukaan Ao Tanaka pada awal permainan dan jaringan sendiri Aziz Behich pada lewat aksi -- yang mengapit gol penyamaan Ajdin Hrustic -- mengakibatkan Australia terpaksa menelan kekalahan pertama sejak Januari 2019.
Pasukan bimbingan Graham Arnolds itu kini terpaksa melepaskan kedudukan teratas Kumpulan B kepada Arab Saudi, yang menewaskan China 3-2 dalam satu lagi perlawanan, di mana hanya dua pasukan terbaik akan layak secara automatik ke pusingan akhir Piala Dunia

FULL TIME | Not our night in the end. A first loss since June 2019. We'll be back #JPNvAUS #AsianQualifiers #AllForTheSocceroos pic.twitter.com/zk7vPIo93V

— Socceroos (@Socceroos) October 12, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Australia #Jepun #Qatar #kelayakan Piala Dunia
;