Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Tonton aksi Chinese Taipei vs Harimau Malaya di lokasi anda

Astro Arena
November 21, 2023 01:00 MYT
Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) bakal menyediakan tayangan skrin besar di tujuh lokasi untuk penyokong Harimau Malaya menyaksikan perlawanan menentang Chinese Taipei malam ini.
PENYOKONG Harimau Malaya dapat menyaksikan aksi pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di antara Chinese Taipei dan Malaysia malam ini menerusi tayangan skrin besar di beberapa venue terpilih.
Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) bakal menyediakan tayangan skrin besar di tujuh lokasi untuk penyokong Harimau Malaya.
Berikut adalah senarai lokasi tayangan:
1. Dataran Putrajaya, Persint 3
2. Uptown Puchong Night Bazar
3. Dataran Flat Sri Kota, Bandar Tun Razak
4. Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar
5. Kompleks Medan Selera Pauh Jaya, Bukit Mertajam
6. Mydin Mall Tanjung, Kota Bharu
7. Rumah Panjang Sungai Buloh, Samarahan
- Stadium Astro
#Kelayakan Piala Dunia 2026 #Kelayakan Piala Asia 2027 #harimau Malaya #Harimau Malaya vs Chinese Taipei