Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Rajagobal yakin Pan Gon akan nilai kembali pemain

Astro Arena
Mac 28, 2024 10:30 MYT
RAJAGOBAL: Jurulatih yang perlu menilai siapa pemain yang patut diturunkan dalam kesebelasan utama dan kadang kala perkara ini terjadi kerana perlu mengambil risiko dalam meletakkan barisan pemain. - Gambar fail
BEKAS pengendali Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal berharap aksi kedua bertemu Oman sepatutnya berakhir dengan kutipan satu mata sekurang-kurangnya, dalam perlawanan pada Selasa, selepas Malaysia tewas 0-2 kepada Oman.
Namun hasrat jurulatih berusia 67 tahun itu untuk melihat kebangkitan tersebut tidak berlaku malahan episod kesilapan di Muscat berulang sekali lagi di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Dia yakin pengendali skuad negara dari Korea Selatan, Kim Pan Gon, akan menilai kembali setiap keputusan ketika tewas dalam dua aksi sebelum ini sama ada mencerminkan impak positif ataupun sebaliknya.
Malaysia bakal membawa misi wajib menang dalam baki perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgystan dan Chinese Taipei pada Jun depan.
"Pemain perlu tahu mereka sekurang-kurangnya perlu mendapatkan satu mata dalam perlawanan semalam (Selasa). Syihan Hazmi dan Arif Aiman antara pemain yang menyerlah semalam.
"Jurulatih yang perlu menilai siapa pemain yang patut diturunkan dalam kesebelasan utama dan kadang kala perkara ini terjadi kerana perlu mengambil risiko dalam meletakkan barisan pemain.
"Kita perlu fikir semula adakah dia berada di landasan yang tepat dengan keputusan-keputusan yang diraih dalam beberapa perlawanan sebelum ini." katanya.
#k rajagobal #harimau Malaya #Kelayakan Piala Dunia 2026 Piala Asia 2027 #kesebelasan utama
;