Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Harimau Malaya kelihatan bersemangat berlepas ke Chinese Taipei

Astro Arena
November 19, 2023 04:21 MYT
Skuad Harimau Malaya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), sebelum berlepas ke Taipei pagi ini. - Foto Bernama
SKUAD negara berlepas ke Chinese Taipei hari ini bagi meneruskan kempen pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Perbandaran Taipei pada Selasa ini.
Dalam satu rakaman video di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang dikirimkan wartawan Astro Arena, Syen Yeoh, barisan pemain Harimau Malaya kelihatan bersemangat untuk meneruskan rentak kemenangan mereka menjelang pertemuan penting itu.
Sebagai rekod, skuad negara meraih kemenangan dramatik 4-3 ke atas Kyrgyzstan dalam aksi pembukaaan Kumpulan D di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Khamis lalu.

https://t.co/KMs35k1xfY @ASTROARENA

— pekxian (@syennn__) November 19, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ikuti laporan penuh dalam Nadi Weekend jam 7.30 malam ini.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
#harimau Malaya #Chinese Taipei #skuad Malaysia #Kelayakan Piala Dunia 2026 #Piala Asia 2027