Kelayakan Piala Dunia: Neymar jadikan Peru mangsa, hampiri rekod penjaring terbanyak Brazil
Astro Arena
Oktober 14, 2020 17:38 MYT
Oktober 14, 2020 17:38 MYT
NEYMAR menyamai rekod jaringan Ronaldo untuk menduduki senarai penjaring kedua terbanyak Brazil selepas menyempurnakan sepakan penalti ketika membenam Peru, sebentar tadi.
Bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu mengambil tugasan sepakan penalti terbabit pada minit ke-28 untuk mereka melakar kemenangan dalam kelayakan Piala Dunia 2022 di Lima.
Pemain berumur 28 tahun itu kini merekodkan 62 gol dalam 103 perlawanan bersama skuad Samba tersebut untuk berdiri sebaris dengan pemain legenda, Ronaldo, sebagai penjaring kebangsaan terbaik sepanjang zaman.
Ronaldo memiliki koleksi 62 gol selepas terbabit dalam 98 perlawanan bersama Brazil.
Hanya Pele dengan 77 gol mempunyai bilangan jaringan terbanyak untuk juara dunia lima kali itu berbanding Neymar dan Ronaldo.`