Kelayakan Piala Dunia: Klaassen beri Van Gaal mata pertama selaku ketua jurulatih Belanda

Astro Arena
September 2, 2021 10:20 MYT
Erling Braut Haaland berebut bola dengan pemain Belanda Virgil van Dijk (kiri) dan Jurrien Timber (kanan) ketika kelayakan Piala Dunia 2022 antara Norway dan Belanda di Ullevaal Stadion, Oslo, 1 Sept, 2021. (Foto AP)
NORWAY 1 BELANDA 1
Erling Haaland menemui sasaran buat Norway untuk memastikan Louis Van Gaal sekadar berpuas hati dengan satu mata dalam perlawanan pertamanya selepas kembali menjadi ketua jurulatih Belanda apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam pusingan kelayakan Piala Dunia awal pagi tadi.
Aksi di Ullevaal Stadion itu menyaksikan Haaland menemui jaringan pertamanya dalam kempen kelayakan berkenaan tetapi Davy Klaassen kembali menyamakan kedudukan dalam babak pertama.
Penyerang prolifik Borussia Dortmund, Haaland, turut melakukan percubaan yang terkena palang dalam babak kedua perlawanan di Oslo itu, di mana kedua-dua pasukan tidak dapat mencari gol kemenangan sepanjang baki aksi.
Ia bermakna Van Gaal terpaksa berpuas hati memulakan era ketiganya selaku ketua jurulatih skuad kebangsaan Belanda dengan keputusan seri.
Keputusan itu juga menyaksikan kedua-dua pasukan berkenaan masih ketinggalan satu mata di belakang pendahulu Kumpulan G, Turki, yang terikat 2-2 dengan Montenegro dalam satu lagi perlawanan.
Belanda seterusnya dijadualkan bertemu Montenegro manakala Norway akan bertandang ke laman Latvia hujung minggu ini.

FT. A draw it is... #WCQ2022 #NORNED pic.twitter.com/B5jHYH9L6F

— OnsOranje (@OnsOranje) September 1, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#kelayakan Piala Dunia #Belanda #Norway #Erling Haaland
;