Kelayakan Piala Dunia: Jurulatih Oman nak tengok dulu keadaan padang

Astro Arena
Mac 24, 2024 15:18 MYT
Skuad Oman tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2, pagi tadi. - Foto Stadium Astro
OMAN tidak melatah di sebalik desas-desus mengenai keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bagi perlawanan Selasa ini.
Skuad itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 2, pagi tadi, dan ketua jurulatih, Jaroslav Silhavy, enggan membuat rumusan awal mengenai cabaran tersendiri yang bakal mereka hadapi dalam pertemuan keempat Kumpulan D, kelayakan Piala Dunia/Piala Asia itu.
Oman merakamkan kemenangan 2-0 di Muscat dan secara tidak langsung berhasrat untuk meneruskan momentum itu bagi mengekalkan pendahuluan di peringkat kumpulan.

Oman dah sampai geng, tengok lenggok badan, borak dengan pemain & backroom staff memang confident habis. Xpe, tu perkara yang kita tak boleh kawal, ape yang kita boleh kawal ? Ayuh penuhkan SNBJ Ekor Harimau Sejati @ASTROARENA pic.twitter.com/AotO8w06Vq

— karlnunis (@_karlnunis) March 24, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kita tengok macam mana (keadaan padang SNBJ) kelak.
"Apa pun, perjalanan jauh tidak merencatkan semangat kami," katanya ringkas.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
#Oman #Malaysia #harimau Malaya #Stadium Nasional Bukit Jalil #kelayakan Piala Dunia
;