Kelayakan Piala Dunia: England seri dengan Hungary, Southgate tidak salahkan Kane

Astro Arena
Oktober 13, 2021 10:22 MYT
Cubaan Harry Kane menjaringkan gol ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia antara England dan Hungary di Stadium Wembley, London, 12 Okt, 2021. (Foto AP)
ENGLAND 1 HUNGARY 1
Gareth Southgate enggan menyalahkan prestasi mana-mana individu termasuk Harry Kane dan Raheem Sterling selepas seri dengan Hungary dalam perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia awal pagi tadi.
The Three Lions terikat 1-1 dengan Hungary di Stadium Wembley, sekali gus menamatkan rekod 21 kemenangan berturut-turut di laman sendiri sepanjang kempen kelayakan itu.
Mereka juga terpaksa bangkit daripada ketinggalan selepas Rolland Sallai menyempurnakan sepakan penalti gara-gara tindakan Luke Shaw mengangkat kaki terlalu tinggi sebelum John Stones menyamakan kedudukan.
Ada usaha daripada Southgate untuk mengubah rentak permainan pasukannya tetapi keputusan untuk mengeluarkan Jack Grealish dilihat sebagai satu tindakan yang kurang tepat.
Grealish dalam perlawanan itu kerap memberikan masalah buat pertahanan Hungary berbanding Kane dan Sterling, yang kelihatan amat tumpul di bahagian depan.
Walaupun Sterling memiliki dua peluang terbesar, dia tidak dapat menewaslan penjaga gol, Peter Gulacsi, manakala rekod jaringan Kane sepanjang 15 perlawanan berturut-turut peringkat kelayakan pula ditamatkan dengan kebuntuannya dalam perlawanan itu.
Southgate ditanya sama ada prestasi hambar di peringkat kelab -- di mana Sterling terkeluar daripada pasukan utama Manchester City -- telah menjadi penyumbang kepada persembahan kurang memberangsangkan daripada dua tonggak England itu.

The story of tonight's #WCQ draw with Hungary.#ThreeLions | @GoogleCloud_UKI pic.twitter.com/TTNhMf8wPo

— England (@England) October 12, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dia berkata kepada ITV: "Saya tidak fikir kita patut menyalahkan mana-mana individu kerana kerana secara kolektifnya, kami tidak dapat memberikan aksi terbaik pada tahap yang sepatutnya.
"Apabila anda menghadapi situasi seperti itu, ia juga akan menjadi sukar buat mana-mana individu."
England, bagaimanapun, masih mengepalai saingan Kumpulan I dengan himpunan 20 mata dan berkelebihan tiga mata di depan pencabar terdekat, Poland.
#England #kelayakan Piala Dunia #Hungary #Gareth Southgate
;