Kelayakan Piala Dunia: Denmark sah ke pusingan akhir selepas tewaskan Austria

Astro Arena
Oktober 13, 2021 09:59 MYT
Joakim Maehle (kanan) dan pemain Austria Konrad Laimer berebut bola ketika perlawanan kelayakan Piala Dunia kumpulan F antara Denmark dan Austria, di Stadium Parken, Copenhagen, Denmark, 12 Okt, 2021.
DENMARK 1 AUSTRIA 0
Denmark menjadi pasukan kedua mengesahkan kelayakan untuk beraksi dalam Piala Dunia Qatar 2022 selepas menewaskan Austria 1-0 dalam perlawanan Kumpulan F di Copenhagen awal pagi tadi.
Jaringan tunggal Joakim Maehle dalam babak kedua sudah cukup untuk mengatasi skuad bimbingan Franco Foda, Austria, untuk kini berkelebihan tujuh mata di depan pencabar terdekat, Scotland, berbaki dua perlawanan.
Kemenangan tipis itu juga menyaksikan pasukan kendalian Kasper Hjulmand itu mengekalkan rekod kemenangan bersih dalam pusingan kelayakan Piala Dunia dengan lapan kemenangan tanpa dibolosi sebarang gol.
Denmark, yang terus membuktikan kekentalan barisan pertahanan mereka, telah merekodkan 27 gol tanpa balas, termasuk ketika menewaskan Moldova, Israel dan dua perlawanan menentang Austria untuk pasukan Scandinavian melakarkan rekod sempurna setakat ini.

VI VINDER 1-0 OVER ØSTRIG - VI SKAL TIL VM! #ForDanmark pic.twitter.com/PdhKI7WZFa

— Fodboldlandsholdene (@dbulandshold) October 12, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pasukan bimbingan Hjulmend itu memiliki tempoh 13 bulan menjelang kejohanan di Qatar berkenaan dan ia akan menjadi kesinambungan terbaik selepas layak ke separuh akhir Euro 2020 - sebelum disingkirkan England dalam masa tambahan.
Selain Denmark, Jerman merupakan satu-satunya pasukan yang terlebih dahulu mengesahkan kelayakan ke karnival bola sepak terbesar dunia itu selain pasukan tuan rumah, Qatar, yang layak secara automatik.
#Denmark #austria #kelayakan Piala Dunia #bola sepak
;