Kelayakan Piala Dunia: Brazil, Colombia berkongsi mata di Barranquilla

Astro Arena
Oktober 11, 2021 11:01 MYT
Pemain Colombia Roger Martinez memberi cabaran kepada pemain Brazil Neymar dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 pada Ahad. - Foto AP/Fernando Vergara
REKOD bersih Brazil dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2022 berakhir semalam selepas mereka seri tanpa jaringan dengan Colombia.
Skuad kendalian Tite memenangi sembilan perlawanan pertama dalam saingan kelayakan sebelum terpaksa berkongsi mata di Barranquilla.
Kedua-dua pasukan menghasilkan peluang dalam separuh masa pertama, namun sentuhan penyudah tidak berada di tahap teraik sekaligus menyaksikan mereka kekal tanpa jaringan.

15 - Neymar has failed to complete 15 passes against Colombia; his highest tally in a game in the South American WCQ. Sloppy. pic.twitter.com/jaxMJ2QBEL

— OptaJoao (@OptaJoao) October 10, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Yerry Mina melepaskan peluang terhidang untuk memberikan Colombia gol pendahuluan namun tandukkannya tersasar, namun mereka bernasib baik apabila Lucas Paqueta gagal menyempurnakan jaringan daripada hantaran Neymar.
Kapten Brazil itu sekali lagi memainkan peranan apabila melakukan lorongan buat Fred, namun pemain tengah Manchester United melepaskan rembatan liar.
Tiada jaringan terhasil sehingga tamat permainan sekaligus menyaksikan mereka berkongsi mata.
#bola sepak #Piala Dunia #Brazil #Colombia
;