Kelayakan Piala Dunia 2026: Neymar tidak tersenarai dalam skuad Brazil
Astro Arena
November 2, 2024 14:15 MYT
November 2, 2024 14:15 MYT
NEYMAR sudah kembali beraksi selepas direhatkan hampir setahun ekoran kecederan ligamen lutut (ACL), namun ia tidak akan beraksi dalam dua perlawanan terakhir tahun ini bersama skuad kebangsaan.
Jurulatih Brazil, Dorival Júnior, tidak menyenaraikan bintang itu untuk perlawanan bertemu Venezuela pada 14 November dan Uruguay lima hari berikutnya.
Neymar kembali beraksi buat kelab Arab Saudi, Al-Hilal pada 21 Oktober dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE).
Júnior berkata dia telah bercakap dengan Neymar tiga kali dalam dua bulan lepas dan penyerang itu mahu bermain untuk pasukan kebangsaan.
"Dia sudah pulih sepenuhnya, tetapi dia hanya mempunyai beberapa minit bermain, dan itu adalah sebab yang besar," kata Júnior. "Menjelang tahun depan, dia akan mempunyai lebih banyak masa bermain, dia akan pulih sepenuhnya keyakinannya."
Júnior juga mengetepikan penyerang muda dari Real Madrid, Endrick.
Brazil berada di kedudukan keempat dalam kelayakan benua Amerika Selatan, enam mata di belakang pendahulu, Argentina selepas 10 pusingan. Enam pasukan teratas akan layak secara automatik ke Puala Dunia 2026.
Brazil:
Penjaga gol: Weverton (Palmeiras), Bento (Al-Nassr), Ederson (Manchester City).
Pertahanan: Danilo (Juventus), Vanderson (Monaco), Abner (Lyon), Guilherme Arana (Atletico Mineiro), Murillo (Nottingham Forest), Éder Militão (Real Madrid), Gabriel Magalhães (Arsenal), Marquinhos (Paris Saint-Germain).
Tengah: André (Wolverhampton), Bruno Guimarães (Newcastle), Gerson (Flamengo), Lucas Paquetá (West Ham), Andreas Pereira (Fulham), Raphinha (Barcelona).
Penyerang: Rodrygo (Real Madrid), Vinicius Júnior (Real Madrid), Luiz Henrique (Botafogo), Igor Jesus (Botafogo), Estêvão (Palmeiras), Savinho (Manchester City). -- Stadium Astro